Thursday, April 14

jangan kencing sambil berdiri~

Dikisahkan bahwa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-




1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatima r.a)

3. Husin (anak Faimah r.a)

4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a




Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya

2. Hendaklah dia bersedekah

3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an

4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta

2. Jangan mengkhianat

3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)

4. Jangan kencing sambil berdiri




Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.




Jangan sekali-kali kita berfikir bahwa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."




Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

button like sudah ader. suke?? like la..=)

Thursday, April 7

iklan maxis

suatu petang yang dingin. kat dalam kedai lah dingin. luar kedai terik. biasalah dingin2 dok bawak aircond.


customer : amoiii.. bagi saya kad topup.

edda : uncle nak kad topup ape?

customer : bagi saya kad maxis rm10 dua keping... kemudian bagi kad hotlink rm10 3 keping..

edda : okey, ini kad maxis rm10 2 keping.. lagi uncle??

customer : kad hotlink rm10 nak 3 keping..

edda : uncle... maxis dengan hotlink tu sama la uncle.

customer : mana ada sama.. hotlink dan maxis lain-lain maaa...

edda : uncle.. maxis dan hotlink tuh sama la.. tgk nie.. maxis...hotlink (sambil tunjuk kad hotlink)

customer : owh ya ka?? sekarang sudah campur ya?

edda : taklah.. memang dari dulu pon sama jugak. uncle nak hotlink kad atau digi kad? (aku tanya sebab selalunye cina memang pakai digi)

cutomer : owh ia lahhh.. digi la.. saya silap.. maaf ya.. sory2.. hahaha

edda : takpe uncle.....




button like sudah ader. suke?? like la..=)

Friday, April 1

hanya 15 minit untuk dapatkan kesemuanyaaaa



1: Wajah yang cantik – solat subuh




2: Duit yang banyak – solat zohor




3: Kesihatan yang baik – solat asar



4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib




5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak




Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari .



Nabi Muhammad S.A.W bersabda;


siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak . ( Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )


' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.'

Surah Al-Baqarah ayat 286



button like sudah ader. suke?? like la..=)