Sunday, July 24

sesederhana mungkin~

Rasulullah SAW bersabda (maksudnya),"Cintailah kekasihmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi musuhmu pada suatu hari nanti. Dan bencilah musuhmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi sahabat dekatmu pada suatu hari nanti".
(Hadis Riwayat Al-Tirmidzi, as-Sulami, Al-Bukhari)
button like sudah ader. suke?? like la..=)

Tuesday, July 5

dimanakan ku cari syurga [part 1]

Assalamualaikum..

Buat semua readers blog aku semada reader secara terang-terangan mahupon reader secara senyap-senyap(silent). Terima kasih kerana sudi singgah kat blog picisan yang sangtlah tak berapa nak maju nieh.. thanks sekali lagi. Bak kata blogger2 lain, siapalah blogger kalo tanpa pembaca. Tak gitu.. kali nie aku macam nak cerita pasal arwah mak aku. Buat yang tak tahu, mak aku telah selamat kembali ke rahmatullah pada 7/6/2011 baru2 nieh.. terasa nak abadikan kenangan semua itu dalam blog nieh. Untuk tatapan umum dan jugak untuk bacaan peribadi..




pada raya haji yang lepas, aku ngan adik beradik aku semua terpaksa beraya kat kampung tanpa mak dan jugak abah... sebab mereka berdua pergi menunaikan rukun islam yang ke5... .. so, raya haji tahun lepas, adalah sangat tak best.. yelah, abang aku yang sulong je ada. lagi 2orang abang sume pakat beraya kat rumah mertua memasing. tinggallah aku, family along, dan adik2... raya pon macam tak raya... tetamu pon macam ada tak ada. sebab mungkin ramai yang tau parent aku tak ader kat rumah...



mak abah pulak, boleh dikatakan hampir tiap hari jugaklah call... kitorang hanya bertanya khabar dah wish selamat hari raya kat phone je...




lepas je mak abah balik dari mekah, kesihatan mak dah sket terjejas... hampir setiap hari ke klinik kesiihatn buat rawatan... tak cukup dengan tu, mak sampai kena admit kat hospital.. operation kaki sampai 3 kali... sejak operation kali pertama, hospital dan klinik adalah tempat kedua kami selepas rumah... mak sihat je.. cuma kaki kanan ada masalah. sebab kencing manis... sebelum ini, mak jugak ader menghidap tekanan darah rendah... sampai pengsanlah... aku ader buat enrty pasal mak admit lepas pengsan depan rumah. masa tuh aku masih kat kampus.... boleh usha link INI kalo nak cikidout!




adik aku ader cerita kat aku yang masa mak pengsan kira2 bulan 4 tahun 2009, abah gerakkan mak sambil bergenang air mata.. pastu abah aku cakap kat mak "yang..bangun yang.. kita nak pergi mekah nieee.."... lepas je abah ckp macam tuh, mak terus bukak mata... lepas tuh terus bawak mak gi spital dan admit kat spital selam 2 ke 3 hari (if i'm not mistakenlah~)



lepas dari hari tu, kesihatan mak makin sihat.. mungkin tuhan permudahkan segala urusan mak untuk sampai ke tanah suci. tempat yang arwah mak selalu wish to be there...





gambar arwah mak seminggu sebelum meninggal dunia.. al-fatihah~




to be continue~.....


button like sudah ader. suke?? like la..=)

Friday, July 1

ke PUSARA BONDA.....



Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda



Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi



Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap



Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi



Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan



Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan



Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan



dulu kala, mendengar lagu nie sekadar 'MENYANYI' ,....sekarang mendengar lagu ini adalah untuk 'MENGHAYATI'...


Allah tempatkan ibuku ditempat yang mulia. tempat yang dikau janjikan nikmat untuk hamba-Mu... Aminnnnn

button like sudah ader. suke?? like la..=)