Tuesday, July 8

buku resepi. aku masih perlukannya.

Assalamualaikum...

selera kami berbeza... aku dan Amir... seorang KELANTONIS dan seorang PERAKIAN... lidah masing masing berbeza... aku suka pedas....Amir tak suka pedas.... ada suatu ketika aku cuba menyuruhnya merasai sambal belacan yang aku buat....kalau abah aku yang makan sambal belacan, memang bertambahlah nasi nya... tapi bila aku hulur kat amir, laju je Amir menggelengkan kepala sambil menggaru kepala.... trademark dia bila pandang makanan yang pedas... mesti nak garu kepala..

maka, untuk itu Amir menghadiahkan aku sebuah buku resepi selera Kelantan. tapi mungkin Amir belum mengenali isterinya sepenuhnya....

AKU JUGA PERLUKAN BUKU RESEPI MAKANAN PERAK!


apa kamu ingat aku hebat didapur?

7 jenis persahabatan yang kamu patut tahu

7 JENIS PERSAHABATAN

 1.TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital,
pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2.TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah,misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.

3.AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.

5.AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6.ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita...Allah! Pijak semut pun tak  mati! Talam dua muka.

Seperti firman Allah SWT :

"Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati..."
(Surah Ali Imran : 120)

Rasulullah SAW mengajarkan doa :

"Allahumma Ya Allah... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi
tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."


7.HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabat yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla,
saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam
dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana
Allah Ta'ala.


Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 - 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan
persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7.

 Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT :

 "Pada hari itu (Kiamat) sahabat- sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan"
(Surah Az-Zukhruf :67).

#copy paste

Friday, July 4

Doa dihari-hari Ramadhan..

"Dengan nama Allah yg Maha pemurah lagi Maha Mengasihani.  Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.

Ya ALLAH  Ya Tuhan kami.. kami sangat2 memerlukan kasih sayang Mu, hanya Engkaulah yg kami harapkan. Mohon perbaikilah semua urusan kami, murahkanlah rezki kami, Tetapkan iman kami dengan iman yang sempurna. Lindungilah keluarga kami dari sebarang bala bencana dunia dan akhirat. Rahmatilah kehidupan kami dengan limpah rahmat Mu yg berkekalan. Engkaulah saja ya ALLAH  tempat kami bergantung sepenuhnya, yg amat pemurah dan penuh kasih sayang..

Terimalah ibadah kami.. solat kami.. puasa kami sepanjang bulan ramadhan ini dengan penuh kebrahmatan Mu.  Maha suci Allah yang menguasai seluruh alam ini."

amin ya rabbal alamin...