Saturday, December 24

Makan Burger Hitam di Loveats Restoran Tg Malim. Perak

Assalamualaikum . .

Bulan September yang lalu, aku turun ke semenanjung sebab nak jaga kakak ipar berpantang. Sebulan lebih jugaklah stay kat semenanjung . Amir tak join. Dia turun semenanjung sekali ngan aku sebab dalam masa tu, adik Amir ada pentauliahan Suksis kat UPM Serdang. Lepas majlis tu, dia balik ke Sarawak. Aku pulak balik ke kampung aku, sebelum ke Tg Malim umah abang aku untuk jaga kakak ipar bersalin.

Masa aku jaga kakak ipar bersalin tu, ada satu hari abang aku ajak makan kat Loveats . Aku tau yang Loveats ni jual burger dan roti yang digunakan berwarna hitam. Abang aku tak habis-habis kata roti tu warna hijau. maybe dia tengok kat banner tu warna hijau kot. hahah



Ini gambar depan kedai tu. Kedai ini mengadap jalan besar jugak. So, memang boleh nampak la kalau lalu jalan besar tu. Nasib la kali ni datang dia buka. sebab sebelum ni pernah nak singgah tapi tutup. huhu


Kaunter 


Restaurant ni table service. So, duduk dan tunggu la dorang bagi menu ni. Masa sampai menu ni, aku tak tau nak order apa sebab tak tau mana yang sedap mana yang tak. So, abang aku suggest suruh makan set eggcellent. Sebab dia pernah makan burger tu sebelum ni dan dia kata sedap. 



Memandangkan abang aku dah pernah makan burger sebelum ni, so dia pilih Set Classic Chicken Chop. (RM12.90)


Ini set Burger Eggcellent(RM14.90) aku. Sebelum ni aku dah pernah try Charcoal Burger kat Kuching . Masa tu ada expo apa ntah aku tak ingat. Burger tu best jugak la.. Masa dapat burger ni aku tak expect lebih la dari charcoal burger yang aku makan kat Kuching sebelum ni. Tapi selepas gigitan pertama, OMG! sedap giler burger yang niiiii... Seriously kalo datang sini lagi memang aku nak repeat order!



Chicken Fillet tu terlalu juicy .. Memang best! Alamak, aku yang tengah menaip ni pun dah terliur bila kenang kan balik, Aisehhhhh~


Yang ni anak abang punya. aiskrim vanila . comel je dengan biscuit tu. Dulu kecik2 suke sangat makan biscuit tu. Sekarang dah besar kita tak pandang dah la kan.. huhu.




Masa nak bayar kat kaunter , aku terpandang la kat tepi chiller tu ada keratan akhbar. Rupenya Loveats ni dah biasa kluar paper dah. Pada aku memang patut pun keluar paper sebab makanan yang sedap macam ni biar semua orang tahu dan cuba. Memang takkan menyesal .

Kalau ada yang berhajat nak ke Tg Malim dan nak try makan kat restoran ni, ini ada details sket kat bawah ni. Semoga dapat membantu.


Alamat 
Loveats Restaurant
No.22 Jalan U1
Taman Universiti
35900 Tanjung Malim
Perak Darul Ridzuan

Contact Number
012-309 2069

P/s : Harap-harap owner restoran baca dan bagi aku makan free plak lepas ni. hehehe

Friday, December 9

Review : minyak angin Vfresh Roll on


Assalamualaikum . . 

Korang pernah dengar tak pasal minyak angin Vfresh ni? Vfresh dengan Freshcare lebih kurang sama je.. Tapi aku lebih minat yang Vfresh. Seriously cakap, sejak mengenali minyak angin ni, aku dah tak cari dah minyak angin lain . Jiran aku yang first try minyak angin ni pun siap repeat 3 kotak . Katanya kesan ubat ni cepat bertindak.

Walaupun namanya MINYAK ANGIN, tapi ianya didatangkan dengan bau yang menyenangkan. 



Untuk Brand Vfresh ni, ada 5 jenis bau yang boleh korang pilih . . 


Original

Untuk original ni je, dah 3 botol dah aku guna.


Lavender



Barley Mint


Green Tea


Hot

Untuk yang jenis hot ni, tahap kepanasan dia agak tinggi dari yang 4 jenis yang lain tu. Walaupun tahap kepanasan minyak ni agak tinggi, tapi ramai yang suka dan kadang-kadang kehabisan stok untuk jenis hot nie.. Aku pun dah try dah 2 botol yang ni . .


Kegunaan Minyak Angin VFresh Roll On 

- membantu meredakan sakit kepala
- mabuk perjalanan
-gatal akibat gigitan serangga.



Ianya mempunyai aromaterapi yang dapat membantu memberikan rasa segar, tenang dan relax.

Untuk sebarang pembelian boleh terus whatsapp ke

016 - 2811456


Monday, December 5

Memancing Udang Galah di KOLAM MEMANCING UDANG GALAH LUMUT ~

Assalamualaikum . .

Siapa yang tak pernah memancing tolonglah jangan pergi sini. Nanti korang tiba-tiba jadi mengidam nak memancing je memanjang. Percayalah.. Mula-mula dengar pasal memancing ni memang la tak berapa menawan je bunyinyer, tapi kalo korang dah start pegang batang pancing pastu dah start dapat sekor udang, nafsu memancing korang akan membuak secara tiba-tiba... Sebab itulah yang aku dah alami setelah menjejak kan kaki ke kolam ni.. 

Lumut ni ada rumah adik aku kat sana. kebetulan masa balik semenanjung haritu adik aku ajak bermalam kat rumah dia.Nasib la aku bermalam kat sana 3 hari je. sebab dalam tiga haritu, tiap2 malam aku ke kolam tu pergi memancing. hahahaha.. 


Dekat depan kolam memancing ni ada orang menjual-jual jugak. So, agak-agak lapar masa memancing tu bolehlah pekena burger ke..



Kolam ni agak besar dan udang dalam tu pun banyak.. Tak pastilah banyak mana sebab tak nampak dasar pun kolam tu. Agak-agak je. 


Sebelum memulakan pemancingan, kena pergi ke kaunter dulu . Macam register la. Tapi kitorang budget nak mancing sejam je. Lepas dah bagitau kat kaunter nanti dorang bagi umpan dan batang pancing. umpan yang digunakan adalah hati ayam. Batang pancing ambil satu je. Gilir-gilir sekejap sorang nak bagi pengalaman je punnn.. 


Lepas tu dorang akan bagi jugak jaring ni untuk campak udang yang kita dah dapat tu..

Inilah adik ipar aku. Dia ni la yang ajar kitorang memancing kat kolam ni.. sampai gian nak pegang batang pancing dibuatnya. huhu


Untuk permulaan, adik ipar aku yang memancing dulu.. tapi tak sampai seminit letak umpan dah dapat sekor . . Maklumlah.. orang berpengalaman. 



Abah taknak join mancing. dia duduk minum tepi kolam je. 




Bila dapat udang seronok la.. bila lama campak umpan tak dapat-dapat pun udang mulalah bosan.. Pada aku taklah bosan sangat. Cuma geram je lebih. sebabnyer, udang-udang dalam kolam tu pun bijak betul. Udang tu makan umpan pastu tak sangkut kat mata kail. geram je tengok udang tu dok tarik-tarik umpan, bila kita nak tarik naik, terlepassssssss... Geram. tu yang buat nak datang berulang-ulang kali tu. hahaha


Nah Fanpage Kolam udang galah!

Bawah ni pulak ada sikit details:-


Masa operasi
10pagi - 6pagi

Harga untuk setiap satu batang pancing
1 jam = RM20
2 jam = RM40
3 jam = RM55
4 jam = RM73


Saturday, December 3

Pencarian susu kambing segar di Kuching , Sarawak. (SUSU KAMBING ABU SAMAH)

Assalamualaikum . . 

Haritu aku ada terbaca satu artikel dimana ia mengatakan bagusnya susu kambing diminum bersama kurma dalam ikhtiar hamil (nanti aku tepek artikel tu kat sini) . . Memandangkan kami suami isteri masih belum dikurniakan zuriat, maka aku rasa, apalah salahnya kita mencuba . . Lagipun aku dan suami memang biasa minum susu. Cuma kali ni nak mencuba susu kambing pulak.



So, bermulalah pencarian susu kambing . . Banyak yang jual susu kambing dalam bentuk serbuk tu. tapi aku rasa macam nak mencuba yang fresh . . search punya search, terjumpalah page SUSU KAMBING ABU SAMAH ni kat Facebook . .Dalam page tu pun dah siap bagi direction. So, memandangkan aku dan suami memang dah berada kat luar, pastu direction nak ke sana pun dalam 20minit plus minus je, terus la gerak ke sana . . Payah jugak nak cari susu kambing yang fresh ni. Sampai ke hujung kampung aku masuk. Susu kambing ni dijual dirumah je. takde kedai . . 



sesampai je kat rumah seller ni, nampak la kandang kambing tepi rumah dia . Macam nak masuk je dalam kandang tu. sebab lama dah tak tengok kambing dari dekat . huhu..


Memandangkan harga Susu Kambing Abu Samah ni murah sikit, jadi aku borong la 10botol . Pada mulanya nak ambil semua plain, tapi risau plak tak tertelan sebab tak tau apa rasanya lagi. So, beli la 7botol yang plain dan 3botol yang strawbery. 2 jenis ni je yang ada buat masa sekarang ni . . 

susu kambing ni kalau letak kat chiller tak tahan lama sangat sebab susu ni asli dan takde tambahan bahan pengawet. Tapi kalau letak kat freezer, susu ni boleh tahan 3bulan . . kalau nak minum, keluarkan 4jam sebelum minum bagi dia cair dulu. Senang nak minum . .

Sebotol susu kambing plain ni harganya RM8/botol . kalau yang perisa strawbery RM9/botol.
sebotol ni 200ml. Susu kambing ni mahal dari susu lembu. Mungkin sebab susah nak dapat kot. Tapi dengan harga RM8 sebotol(200ml), pada aku murah la. Sebabnya . . . .


 sebelum aku beli susu kambing Abu Samah ni, aku ada beli susu kambing kat kedai area pekan Kuching. Masa beli ni, tinggal dua botol je. plain dah habis. Yang ni sebotol RM16(280ml) . .. Mahallll...waaaaaaa



Size lebih kurang je. Kalo jumpa yang susu kambing Abu Samah ni dulu, aku tak beli dah yang lain. Tapi dah jumpa yang tu dulu kan . .sob..sob...


Ini adalah pengalaman pertama membeli dan mencuba susu kambing asli . . Lepas ni nak cari kurma plak. boleh blend skali ngan susu kambing ni. Semoga khasiat susu kambing dan kurma menjadi asbab untuk memdapatkan zuriat. Amin~

Friday, December 2

SEPHORA beauty pass, NYX Wonder Stick and jatuh cinta kali pertama dengan lip Cream from SilkyGirl =)

Assalamualaikum . . 

siapa yang follow blogpost aku baru-baru ni mesti sudah tahu yang aku sekanag terlalu into dengan makeup world sejak dua menjak ni . . dan apalah erti makeup kalau tak masuk Sephora kannnn . . So, hujung minggu haritu aku ada la jejak kaki ke Sephora The Spring, Kuching. . Pada mulanya niat nak tengok-tengok je, sementara Amir masuk surau . Dalam pada tengok-tengok je tu, terbeli la jugak Wonder Stick NYX ni



Wonder Stick NYX adalah untuk contouring dan highlight . . Masih tak pandai guna dan masih explore sendiri-sendiri kat Youtube Channel. hahaha. Aku baru tau yang produk NYX ni, kalau kat luar negara jual kat Drugstore je.. Tapi kat Malaysia ni tetiba jadi HighEnd produk plak. Tapi nasib la harga NYX produk ni lebih kurang harga barang kat drugstore je. Tu yang rasa nak beli tu . . Dan masa bayar kat kaunter tu, seller situ suruh isi form untuk beauty pass sephora ni . . isi je lah. Lagi pun tak de bayaran. 




Kemudian selepas lupa diri di Sephora, aku kembali berpijak dibumi yang nyata dengan kembali ke drugstore. Nak cari concealer dan matte lipstick. Jumpa la dua barang ni . . Ini adalah pertama kali aku mencuba matte lip cream dan tersuka tanpa sengaja pulak . . 


I'm falling in love with this matte Junkie Lip Cream from silkygirl! . .

photoshoot blakang langsir. muahahahaha


Assalamualaikum

A photo posted by Nor Farawahida Sahbudin (@edda414) on

exploring makeup and photoshot belakang langsir.

malas nak transfer gambar. amik kat instagram je. motif nak suruh korang follow my instagram jugak..=)


Sunday, November 27

Celebrate Anniversary berdua di RJ AYAM BAKAR KOPITIAM, Kuching.


Assalamualaikum . . 

Alhamdulillah, November 22 adalah Date yang aku takkan lupakan . Tarikh dimana status aku bertukar menjadi seorang ISTERI . . Tarikh dimana kami diijabkabulkan . . Alhamdulillah ~ Dah 3tahun bersama meredah segala suka dan duka=)

Pada mulanya aku macam malas nak keluar makan kat luar. Sebab waktu petang tu, aku dah buat Laksa Penang seperiuk . Memandangkan aku adalah Hantu Laksa, so aku memang tak kisah kalo tak makan benda lain dah . Tapi memandangkan tarikh tu adalah tarikh yang agak penting bagi kami, jadi kami decided la nak makan kat luar dan end up by choosing this restaurant!


RJ AYAM BAKAR KOPITIAM


Makanan kat sini banyak pilihan dan yang paling penting sedap . .Aku makan pecal lele (nasi putih ikan keli) dan Amir makan nasi ayam bakar . . Kek pulak aku yang pilih . Colourful dan sedap! Maklumlah, Cake is a symbols of Happiness kannnn . .mestilah ada bila nak celebrate something. huhu. Pastu gigih nak habiskan kek tu.. 


Istimewanye kedai ni, persekitannya sangat santai dan banyak barang-barang lama dijadikan perhiasan . . Mat Salleh pun ramai yang lepak kat sini . 



Motor ni bukan customer parking tau . Moto ni salah satu dari decoration dalam kedai ni . .


Makan kat sini memang best sebab boleh makan sambil bersantai tengok deco-deco yang jarang nampak kat kedai makan lain . 


Kereta, basikal, penyodok, pita rakaman, semuanya adalah decoration ! Rare kannn.. Kalo tak silap aku, Roadtax kete tu hidup lagi . Kalo nak test drive boleh la try tanya owner kedai tu. hahaha


lampu tu.. lampu tu.. dapat satu letak kat rumah pun cantik !  I love it so much!



time ni makanan Amir dah sampai dulu dah . . Suruh dia makan dulu tapi dia kata nak tunggu pulak . . Yelah, kata ulang tahun perkahwinan kann.. mestilah feeling2 makan beradap .Makan sama-sama . . Walaupun sebelum ni kalau makan kat luar mesti dia yang melahap dulu tak tunggu.. hahah


Kami pilih tempat kat tepi mural ni sebab nampak menarik . . 



Ini gambar keseluruhan mural kat dinding tepi tu . . menarik kannn


RJ AYAM BAKAR KOPITIAM ni bukan calang-calang kedai makan la.. JJCM pun dah pernah sampai sini . .  

Actually sebelum datang sini, aku ada google-google tempat makan best kat area Kuching ni dan RJ AYAM BAKAR adalah salah satu tempat makan yang harus singgah kalau sampai kat Kuching Sarawak ni . .  

Thanks for reading and dont forget to leave ur comment and follow me
(",)