Sunday, December 28

lori membawa bantuan mangsa banjir terbalik




Sebuah lori unit Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) PDRM Cheras yang membawa barangan bantuan mangsa banjir telah terbalik ketika dalam perjalanan menuju ke Kg Tempoyang, Kuala Lipis semalam.

Dalam kejadian itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan

 INFO DARI : FB's polis Pahang
____________________________


Allah masih menguji kita umat manusia . . semoga semua mangsa banjir bersabar . . mungkin ada kemanisan disebalik kepahitan...

didoakan juga semoga keluarga mertua di Kelantan yang juga merupakan mangsa banjir sihat dan selamat . . aku sampai tak boleh tidur pikir mertua di kampung. suami apatah lagi . .


SALAM TAKZIAH PADA SEMUA MANGSA BANJIR

Tuesday, December 23

KISAH DOA YANG TERMAKBUL


Kisah seorang abang dan adik. Kedua-duanya anak yatim miskin. Mereka menginap di rumah pusaka peninggalan Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh.Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya dan meminta agar dirinya kaya raya hidup mewah.

Si Adik pula, buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas terinsut-insut membaca. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Dipendekkan cerita, akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya pada abangnya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka dan meninggalkan adiknya. Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan perniagaan.

Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan riak: “Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.” Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna. Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.
Ditakdirkan, Si Adik meninggal dunia dulu. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa. Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu. Kertas itu tertulis: “Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku” MasyaALLAH… Kebesara Illahi.

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik. Si Abang mula tersedar, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima dan di makbul oleh ALLAH SWT.
Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita. "Aku buat beginilah yang jadi begini." "Doa aku makbul!" "Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun." Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya. Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga. Kita ini banyak dosa. Terhijab. Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu janganlah berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya. Dan jangan rasa segan meminta orang lain mendoakan kita. Semoga Allah redha dengan kita. Amin.

Kongsikan tazkirah ini utk diri sendiri dan utk muslimin dan muslimat krn mereka juga saudara kita. Semoga ada manfaatnya utk semua orang yg membacanya. Wassalam.




#Copy paste

Tuesday, July 8

buku resepi. aku masih perlukannya.

Assalamualaikum...

selera kami berbeza... aku dan Amir... seorang KELANTONIS dan seorang PERAKIAN... lidah masing masing berbeza... aku suka pedas....Amir tak suka pedas.... ada suatu ketika aku cuba menyuruhnya merasai sambal belacan yang aku buat....kalau abah aku yang makan sambal belacan, memang bertambahlah nasi nya... tapi bila aku hulur kat amir, laju je Amir menggelengkan kepala sambil menggaru kepala.... trademark dia bila pandang makanan yang pedas... mesti nak garu kepala..

maka, untuk itu Amir menghadiahkan aku sebuah buku resepi selera Kelantan. tapi mungkin Amir belum mengenali isterinya sepenuhnya....

AKU JUGA PERLUKAN BUKU RESEPI MAKANAN PERAK!


apa kamu ingat aku hebat didapur?

7 jenis persahabatan yang kamu patut tahu

7 JENIS PERSAHABATAN

 1.TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital,
pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2.TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah,misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.

3.AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.

5.AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6.ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita...Allah! Pijak semut pun tak  mati! Talam dua muka.

Seperti firman Allah SWT :

"Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati..."
(Surah Ali Imran : 120)

Rasulullah SAW mengajarkan doa :

"Allahumma Ya Allah... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi
tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."


7.HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabat yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla,
saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam
dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana
Allah Ta'ala.


Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 - 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan
persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7.

 Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT :

 "Pada hari itu (Kiamat) sahabat- sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan"
(Surah Az-Zukhruf :67).

#copy paste

Friday, July 4

Doa dihari-hari Ramadhan..

"Dengan nama Allah yg Maha pemurah lagi Maha Mengasihani.  Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.

Ya ALLAH  Ya Tuhan kami.. kami sangat2 memerlukan kasih sayang Mu, hanya Engkaulah yg kami harapkan. Mohon perbaikilah semua urusan kami, murahkanlah rezki kami, Tetapkan iman kami dengan iman yang sempurna. Lindungilah keluarga kami dari sebarang bala bencana dunia dan akhirat. Rahmatilah kehidupan kami dengan limpah rahmat Mu yg berkekalan. Engkaulah saja ya ALLAH  tempat kami bergantung sepenuhnya, yg amat pemurah dan penuh kasih sayang..

Terimalah ibadah kami.. solat kami.. puasa kami sepanjang bulan ramadhan ini dengan penuh kebrahmatan Mu.  Maha suci Allah yang menguasai seluruh alam ini."

amin ya rabbal alamin...

Tuesday, June 24

ikut suami

 ASSALAMUALAIKUM




 ALHAMDULILLAH... sekarang sudah pun berada di SARAWAK bumi kenyalang... sudah hampir satu bulan berada di sini tapi tak pernah jumpa lagi burung kenyalang...hehe

aku disini hanyalah untuk menemani sang suami yang bertugas di SARAWAK ini...maka dengan adanya aku disini, maka pekerjaan aku sebelum ini terpaksalah ditinggalkan...sob..sob... sedih jugak sebenarnya meRESIGNkan diri dari pekerjaan sebelum nie... ye la kan... sapa lagi nak mengGAJIkan aku lepas nie..

tapi tidak mengapalah...SURIRUMAH juga satu pekerjaan yang MULIA apa.... yang paling penting dekat dengan suami... tak gitu...hehehe


dan yang lagi best, boleh ACTIVE blog balik...harap-harap kali nie tak HANGAT-HANGAT TAHI AYAM sudah lah.. lagi pun suami ON je nak BLOGGING blogging nie...owh ye, kalo lepas nie aku merajinkan diri, aku akan REPOST balik entry-entry lama yang ada dalam DRAFT. entry lama tu terpaksa diEDIT semula supaya ianya tidak menyakitkan dan mengganggu hati mana mana pihak...

DONE =)





LIKE??

DULU bukanlah SEKARANG

asssalamualaikum..

cepat! cepat! kira berapa hari lagi nak puasa... arrgghhhh!!!.... seram pulak nak tunggu bulan puasa... bukan seram pada BULAN RAMADHAN itu tapi seram dengan tanggungjawab yang akan aku pikul sepanjang bulan puasa ini....

sebab apa aku cakap SERAM?? sebab hidup aku yang dulu bukanlah sekarang.... (TEGAR la pulak..)

DULU..
aku single mingle... nak berbuka makan roti cicah sardin pun dah SYURGA dah....

SEKARANG
aku dah berkahwin...so, walaupun aku still boleh makan roti cicah sardin sekali pun, aku masih kena sediakan makanan untuk suami... so, tak boleh dah nak meRELAKS lepas nie....


tapi syukur jugak dah berkahwin...manalah tahu, RAMADHAN kali ini lebih baik dari ramadhan sebelum nie... berganda ganda pahala bila bersama suami ni..... =)

sekarang nie, since dah ada internet kat rumah, boleh la nak search resepi-resepi mudah untuk berbuka nanti...kenapa nak resepi mudah?? apa kau ingat AKU RAJIN SANGAT KEEE???haha


LIKE??

Monday, June 23

GANJARAN PUASA DI BULAN RAMADHAN


 Assalamualaikum....





memandangkan Ramadhan yang kita rindukan semakin hampir, edda nak share sket ganjaran-ganjaran yang kita boleh dapat kalau kita berpuasa di bulan Ramadhan....

semoga Ramadhan kita kali ini lebih bermakna....

dan 

beribadahlah seperti ini adalah Ramadhan kita yang terakhir....

salam ramadhan buat semua...







LIKE??