Saturday, August 6

kurma pilihan keluarga di bulan ramadhan...YUTA


dah puasa ke 6 baru nak muncul YUTA nie kat atas meja makan masa berbuka... sedihkan?? huhu.. RM9... jumpe kat bazar ramadhan tadi... sambar!!!


dalam bebanyak kurma yang ader, family aku lebih berminat ngan kurma madu yussuuffff taiiiyyyyoooobbbb... dun no y... maybe sebab basah2 kot... kalo yang kering2 agak tak bernafsu sket bile nak makan... huks..


bulan puasa + yussuff taiyob = tak boleh pisah!



button like sudah ader. suke?? like la..=)

Tuesday, August 2

day 1 : berbuka tanpa ibunda tercinta...


kari ikan (beli)
ayam goreng (beli)
telur masin (beli)
hati ayam masak rendang (beli)
sambal tumis ikan bilis + petai (jiran kasi)
sambal belacan (sendiri bikin)
kacang panjang masak lemak putih (jiran kasi)
murtabak ayam (beli)

air sunquick oren (sendiri bikin)



kebanyakan makanan berbuka yang berstatus BELI adalah hasil rembatan di bazar ramadhan kampar. nampak begitu simple bukan?? ye! memang simple. sangat simple.. kalo ramadhan dulu, arwah mak yang paling bersungguh dalam penyiapan juadah berbuka, tapi sekarang takkan ader lagi.. dan tak mungkin ader lagi. sebab mak dah tinggalkan kami sekeluarga. tinggalkan kami ketika kami masih mengaharap kasih sayangnya... moga ALLAH menempatkan ibuku di tempat yang mulia. tempat yang penuh dengan kenikmatan. amin... al-fatihah~



button like sudah ader. suke?? like la..=)farra_edda

Monday, August 1

berbangga menjadi diri sendiri bila...[dot...dot...]

assalamualaikum dan salam ramadhan..






pada bulan yang lepas, aku dan adik aku telah mendaftarkan diri untuk kelas memandu. memandangkan memasing2 kami sudah mempunyai lesen moto... makanya, kami telah mendaftarkan diri untuk kelas memandu kereta pulak.. okey2, aku tahu ianya adalah LEWAT apabila berumur 25 baru mendaftar diri untuk lesen itu. sepatutnye umur2 macam aku dan ader kereta sendiri dan dah boleh bawak kereta dengan jayanya. tapi bagi aku ianya taklah teruk sangat kalo nak dibandingkan dengan orang yang dah ader kete sendiri tapi masih belum ader lesen.. itu tak baik okeyy..








menunggu di depan kedai lesen adalah kepastian bila temujanji untuk memulakan kelas .. tunggu kereta ambik bawak kami ke litar latihan memandu. kalo nasib baik, maka cepatlah pakcik itu mengangkut kami ke pusat memandu.. kalo nasik tak berapa nak baik, maka insiden berpeluh-peluhan akan terjadi...






selepas mendaftarkan diri, kami akan menjalani taklimat pemanduan selama 3 jam.. dan taklimat itu adalah sengat memboringkan. yelahhhh, teori je kottt.... kalo praktikal, baru lah syokkk.. tak gitu... maka, selpeas tamat taklimat, barulah kami mula belajar secara praktikal pulak.. ha!!! yang nie baru best!!






memandangkan pendaftaran ke pusat memandu adalah hasil pengeluaran duit poket ayahanda tercinta, maka kami berdua telah bertekad untuk belajar bersungguh2... yup! memang kami bersungguh sampai boleh kalahkan kesungguhan budak2 nak jawab exam SPM.. dasyat tak dasyatnye kesungguhan kami...






latihan dalam litar. ini aku tak suke sebab aku amat fail kalo bermain dalam litar.. tak best! cube bagi aku latihan kat jalan raya.. sumpah seronok! lalaalaaa...



setelah cukup masa latihan iaitu selama 10 jam tak termasuk taklimat, jadi kami telah didaftarkan pulak untuk sesi pengujian bersama JPJ! ueeeeeeewwwwwwwwwwww, cuak beb!! i'm telling you the truth la..... sumpah takut.. gegar kepala lutut!





1 ramadhan. bersamaan 1 ogos. tarikh pengujian bersama JPJ... pakcik tempat aku amik lesen tuh bagai tau, kalo tak lulus, kena tambah rm150 lagi.. giler ahhh! duit lagiii... jadi, aku dan adik aku telah membuat satu perjanjian antara kami.



edda : arip! kalo kakda lulus test nie, kakda belanja kamu topup.
arif : kakda, kalo arip lepas test nieh, arip nak gunting rambut pendek.



maka, setelah tamat sesi pengujian bersama JPJ, maka kami telah mengingatkan janji masing2 sebab ape??? sebab aku and adik LULUS dengan jayanya pengujian itu.. yeay!!!!!!!!!!!


bangga dengan diri sendiri!~



button like sudah ader. suke?? like la..=)