Monday, May 9

jalan-jalan dan lompat-lompat kat tesco...

destinasi percutian keluarga selalunya adalah di tesco.. haks! tapi taklah sampai tesco menjadi destinasi percutian.. sebenarnye tesco nieh dah jadi macam tempat aku and keluarga membeli dan men'blah'kan diri...

kekerapan menjejakkan kaki kat tesco adalah amat kerap.. lebih2 lagi bile musim gaji! hahahak.. that is so cool lah kalo musim gaji kuar gi tesco kannn... tapi ada satu hari dalam seminggu tuh aku paling tak suke pergi tesco. tak kiralah duit tengah berkepuk atau pon duit sekeping sekali pon. tapi aku still tak suke jejak kaki kat tesco hari sabtu! kenapa sabtu? sebab sabtu tak ader beg plastik hokeyyyyyyyyyyy... bukan tak join kempen alam sekitar, tapi macam susah bile dah siap bayar barang kat kaunter, then baru tau yang itu adalah hari sabtu.. so terpaksa berkepit segala jenis barang yang dah dibeli ke kereta.. itu memang tak cool okey.. kalo ingat bawak troli takpe, kalo tak ingat??? ha!! pikirlah sendirikkkkkk!

malaysiaku gemilang. memang tak ader kena mengena ngan entry nieh.. hehehe...

pernah ader satu hari tu aku ke tesco pada hari sabtu.. time tuh kempen hijau baru je mula.. that's mean aku tak tau la pasal tak ader beg plastik hari sabtu.. nak dijadikan cerita pulakkk, hari tuh aku beli 'tuala wanita'... dah la mood aku hari tuh nak beli tuala wanita yang 30 keping tuh, sekali bayar2 kat kaunter dorang tak provide pon plastik.. dah tuuuuuuuu, aku terpaksa lah tebalkan muke peluk tuala wanita yang 30keping tuh sampai ke kereta... nasib lah tak ramai yang ader coz time tuh awal pagi.. tapi, tak berapa ramai pon, ader jugak la mamat2 budget hensem senyum2 pandang aku peluk natang tuh.. owh.. malu! nasib la membeli tuala wanita itu dalah NORMAL.. so, taklah berapa nak tebal sangat malunye kannn..


itu je cerita aku dan tuala wanita di tesco... sekian.. hehe



halimi dengan cobaan melompat di depan tesco..

still tak berjaya

nah!! akhirnyaaaaaa.. dpt jugak gambar tak jejak bumi nieh.. tapi blurrrrr laaaa.. almaklumlahhh.. belum mampu beli DLSR...sob..sob...sob...


geng baju merah sebagai penutup entry... tatataaaaaaaaaaaaa






button like sudah ader. suke?? like la..=)

Thursday, April 14

jangan kencing sambil berdiri~

Dikisahkan bahwa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-




1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

2. Hasan (anak Fatima r.a)

3. Husin (anak Faimah r.a)

4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a




Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W."
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

1. Hendaklah ia menjaga solatnya

2. Hendaklah dia bersedekah

3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an

4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

1. Jangan berdusta

2. Jangan mengkhianat

3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)

4. Jangan kencing sambil berdiri




Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.




Jangan sekali-kali kita berfikir bahwa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."




Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.

button like sudah ader. suke?? like la..=)

Thursday, April 7

iklan maxis

suatu petang yang dingin. kat dalam kedai lah dingin. luar kedai terik. biasalah dingin2 dok bawak aircond.


customer : amoiii.. bagi saya kad topup.

edda : uncle nak kad topup ape?

customer : bagi saya kad maxis rm10 dua keping... kemudian bagi kad hotlink rm10 3 keping..

edda : okey, ini kad maxis rm10 2 keping.. lagi uncle??

customer : kad hotlink rm10 nak 3 keping..

edda : uncle... maxis dengan hotlink tu sama la uncle.

customer : mana ada sama.. hotlink dan maxis lain-lain maaa...

edda : uncle.. maxis dan hotlink tuh sama la.. tgk nie.. maxis...hotlink (sambil tunjuk kad hotlink)

customer : owh ya ka?? sekarang sudah campur ya?

edda : taklah.. memang dari dulu pon sama jugak. uncle nak hotlink kad atau digi kad? (aku tanya sebab selalunye cina memang pakai digi)

cutomer : owh ia lahhh.. digi la.. saya silap.. maaf ya.. sory2.. hahaha

edda : takpe uncle.....




button like sudah ader. suke?? like la..=)