Assalamualaikum . .
Tahun 2017 ni, Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi sebab dapatlah peluang lagi untuk terbang ke negara orang . Destinasi kali ini ke Ho Chi Minh City (SAIGON). Kali ni rasa best sangat sebab suami ikut sekali . . Kalau tahun lepas dia tak dapat nak join ke Padang Bukit Tinggi tu, kali nie Alhamdulillah. bolehlah declaire travel kali ni as our Honeymoon trip. ihiksss~
Flight untuk ke HCM lewat dari yang sepatutnya . . Dalam sejam jugak lah . . Sempatlah sarapan kat food court KLIA2 . . Flight asal sepatutnya berlepas jam 8pagi. Tapi disebabkan ada kelewatan yang tak dapat dielakkan, flight kami berlepas dalam jam 9.30 pagi . .
Trip ke Vietnam ni kami pergi dalam group. . . 9 orang dewasa dan 2 kanak-kanak yang terdiri dari ;-
makyang & pakyang (makcik dan pakcik aku)
Mimie (cousin aku), Hanief (suami mimie) & anak (aisyah)
Khaled(cousin aku) , Huda(isteri khaled) & anak (ammar)
Acun (adik aku)
Suami acun tak dapat nak join sekali sebab sibuk kerja + study .
aku & Amir (suami aku lerrrrrrr)
Amir pada mulanya dia tak dapat ikut. so rancangan awalnya aku akan satu bilik dengan Acun la. Tapi last minute, sebulan sebelum pergi tu, Amir decide nak join sekali sebab masa trip ke Vietnam tu dia tengah cuti 3minggu . Sory to Acun. Hehehe
Perjalanan dari KLIA2 ke Ho Chi Minh City memakan masa tak sampai pun 2jam . . dalam 1 jam 45 minit je . . Lebih kurang perjalanan dari KLIA2 ke Kuching je . . So, kalau nak makan dalam flight tu, sempat lah. taklah terlalu suntuk masa nak makan tu . .
Kami selamat mendarat di Airport Tan Son Nhat Internasional Airport jam 12tgahari waktu Malaysia . . Masa di Vietnam adalah lewat sejam dari masa Malaysia . So kalau ikut waktu Vietnam, kami sampai dalam jam 11 pagi . . Pada siapa-siapa yang nak beli simkad tu, beli kat airport siap-siap sebab dekat airport tu dah ada kaunter untuk beli simkad .
pada mulanya, aku macam nak beli je simkad kat sini sebab aku taknak sejarah masa kat Padang haritu berulang kembali. Nak online punyalah payah masa kat Padang dulu. nak kena tunggu masuk hotel baru boleh online, itupun slow. Kejap dapat, kejap tak dapat . Tapi setelah dirisik , kat sini kalau tak beli simkad pun takpe sebabnya WiFi kat sini bersepah-sepah . Memang senang lah nak cari wifi kat sini. Kalau korang nak datang sini , tak payah sibuk-sibuk nak beli simkad. On je wifi , Insya-Allah dapat .
Masa keluar dari Airport ni, Agen yang pickup kami suruh tunggu kat tiang no13 . Kami punya tunggu2, tak muncul-muncul. Haish. Risau jugaklah pada mulanya. Tak lama lepas tu, datang sorang mamat Vietnam ni kat tiang 13 kat kawasan kami satu group berkumpul.
"dari Malaysia kan? Group Sophia?"
Eh, Apasal pulak sophia. Dia cakap sambil tunjuk kertas (yang selalu orang pegang kat balai ketibaan tu lah) nama Sophia. Tapi yang nyata bukanlah nama group kami ni. Aku dah sikit cuak la pada mulanya. Bukan apa, kita ni kat tempat orang. Takut la pulak kalau ada orang yang ambil kesempatan dari kami ni. Lelaki tu terus tanya lagi.
"sebelas orang kan? dari Malaysia? Bos saya suruh ambil 11 orang kat tiang 13 ni."
sambil tunjuk-tunjuk kertas nama Group Sophia tu.
aku cakap lah, "kami memang sebelas orang, tapi bukan Group Sophia"
Kami dah malas nak layan dah mamat tu sebab tgk nama dia pegang tu dah salah kan, So, mamat tu call la dia punya bos. Pastu bos dia pun hantar gambar 'GROUP SOPHIA' tu kat mamat tadi. Bila mamat ni tunjuk gambar yang bos dia hantar, sekali tgk gambar, rupanya gmbar kami sekumpulan yang sepupu aku hantar kat agen sebelum naik flight td. Rupanya bos dia tu salah print nama laaaa... Ntah Group Sophia mana tak tau la.
Itulah mamat yang amik kitorang kat airport tu. Namanya Kevin. Dia cakap orang Malaysia bagi nama kat dia Mohd Kevin . Dia ni beragama bebas . Umur baru 27tahun. Muda lagi. Dia boleh berbahasa melayu cuma tunggang langgang sikit la bahasa dia tu.. Dia kata dia belajar cakap bahasa melayu ambil masa 4bulan je. Hebat~
Selepas dah confirm yang Kevin ni adalah agen yang sah, kami pun bergerak ke Hotel. Perjalanan dari airport ke hotel tempat penginapan kami tu, memakan masa cuma setengah jam sahaja. Tapi, menurut kata kevin, kalau jammed, perjalanan yang makan masa setengah jam boleh jadi 2-3jam ..
Inilah Hotel tempat kami menginap selama 4hari 3malam di sini . . setaraf 3bintang punya hotel . . Hotel ni agak strategik jugak sebabnya tempat-tempat untuk shopping tak jauh. cuma jalan kaki je.
untuk ke Ben Than Market : 2 Minit jalan kaki
Tako Plaza : 10 Minit jalan kaki
Pasar Malam Ben Than : 5 Minit jalan kaki
kami tak boleh nak check-in lagi sebabnya belum masa checkin lagi. Semua hotel di Vietnam, jam 2 petang baru boleh checkin. So kami tumpang letak beg dulu kat lobby hotel tu.. Lepas tu pihak hotel akan minta kita punya pasport untuk dia simpan sepanjang kita menginap kat situ. Salah satu langkah keselamatan jugaklah.
Sementara menunggu masa untuk checkin hotel, kami pun saja-saja lah jalan mencuci mata di dalam pasar Ben Tanh. Kevin kata, untuk hari pertama ni, cuci-cuci mata dulu sebab kita tak boleh agak lagi harga mana yang mahal, mana yang murah. So, cuci-cuci mata lah dulu dalam pasar ni. Cuci mata tu cuma tengok-tengok je. Janganlah pulak kita pergi tanya harga pastu tawar menawar pulak. Nanti kalo kita dah tanya harga dan tawar menawar, kalau kita tak jadi beli, habisnya dicarut kita nanti. Rata-rata peniaga kat dalam ni, boleh berbahasa melayu dan english. so tak perlu risau . .
Lepas dah mencuci mata di pasar Ben Tanh , kami singgah la sekejap di Restaurant-Halal Food Hj. Mansour untuk menghabiskan masa menunggu untuk checkin hotel.
Aku try kopi susu Vietnam yang dikatakan sedap sangat sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi kononnya . Kalau nak dikira testimoni pasal kopi susu ni sangatlah berlambak-lambak di internet. Majoriti yang datang ke Vietnam kalau tak cerita pasal kopi tak sah la trip ke Vietnam kali tu. hahaaha . . Tapi pada aku, sedap lagi kopi yang aku minum kat kampung. Pada aku kopi ni biasa-biasa je la. Tak la sedap sangat smpai nak berulang-ulang minum kot. Lain orang lain citarasa. so sila jangan kecam. Lagipun aku bukanlah peminat kopi dan lidah aku bukanlah ditakdirkan untuk mencintai kopi. Ahaks~
Selepas minum-minum dikedai Hj Mansour tu, kami balik ke hotel untuk dapatkan bilik. Aku dan Amir dapat bilik kecik sikit. yang lagi 3 bilik memasing besar and bilik air siap ada bath tub lagi. I IS JEALUOS!! Tapi dah kami duduk berdua je dalam bilik, dapat la bilik yang kecik sikit. Yang lain semua 3orang sebilik.
Selepas merehatkan diri di hotel, dalam pukul6 petang kami pergi semula ke Restaurant Haji Masour tadi untuk makan malam . . Lepas makan malam ni, pada mulanya nak terus jalan-jalan ke Pasar Malam Ben Tanh tapi rupanya pasar tu mula selepas jam 8 malam. So, kami balik hotel dulu .
Dalam pukul 9 , barulah kami turun semula ke Pasar Malam tu. Aku plan nak cari selipar untuk kegunaan aku sepanjang kat sini. Sebab aku bawak kasut sepasang je datang sini. So, malam pertama tu, dapatlah dua pasang selipar beli kat pasar malam ni . .
Tak banyak pun beli sebab baru hari pertama kan. lebih kepada survey2 je...Lepas tu balik bilik tidur awal sikit sebab esok punya jadual agak padat jugak.
so sambung next entry pulak ye. Hihihiihi..