Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Wednesday, March 15

Day 1 : Dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh City(SGN) - (Thanh Truong Hotel , Restoran Hj Masour , Pasar Malam Ben Tanh)

Assalamualaikum . . 

Tahun 2017 ni, Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi sebab dapatlah peluang lagi untuk terbang ke negara orang .  Destinasi kali ini ke Ho Chi Minh City (SAIGON). Kali ni rasa best sangat sebab suami ikut sekali . . Kalau tahun lepas dia tak dapat nak join ke Padang Bukit Tinggi tu, kali nie Alhamdulillah. bolehlah declaire travel kali ni as our Honeymoon trip. ihiksss~


Flight untuk ke HCM lewat dari yang sepatutnya . . Dalam sejam jugak lah . . Sempatlah sarapan kat food court KLIA2  . . Flight asal sepatutnya berlepas jam 8pagi. Tapi disebabkan ada kelewatan yang tak dapat dielakkan, flight kami  berlepas dalam jam 9.30 pagi . .



 Trip ke Vietnam ni kami pergi dalam group. . . 9 orang dewasa dan 2 kanak-kanak yang terdiri dari ;-

makyang & pakyang (makcik dan pakcik aku)

Mimie (cousin aku),  Hanief (suami mimie) & anak (aisyah)

Khaled(cousin aku) , Huda(isteri khaled) & anak (ammar)

Acun (adik aku)
Suami acun tak dapat nak join sekali sebab sibuk kerja + study . 

aku & Amir (suami aku lerrrrrrr)
Amir pada mulanya dia tak dapat ikut. so rancangan awalnya aku akan satu bilik dengan Acun la. Tapi last minute, sebulan sebelum pergi tu, Amir decide nak join sekali sebab masa trip ke Vietnam tu dia tengah cuti 3minggu . Sory to Acun. Hehehe


Perjalanan dari KLIA2 ke Ho Chi Minh City memakan masa tak sampai pun 2jam . . dalam 1 jam 45 minit je . .  Lebih kurang perjalanan dari KLIA2 ke Kuching je . . So, kalau nak makan dalam flight tu, sempat lah. taklah terlalu suntuk masa nak makan tu . .


Kami selamat mendarat di Airport Tan Son Nhat Internasional Airport jam 12tgahari waktu Malaysia . . Masa di Vietnam adalah lewat sejam dari masa Malaysia .  So kalau ikut waktu Vietnam, kami sampai dalam jam 11 pagi . . Pada siapa-siapa yang nak beli simkad tu, beli kat airport siap-siap sebab dekat airport tu dah ada kaunter untuk beli simkad . 

pada mulanya, aku macam nak beli je simkad kat sini sebab aku taknak sejarah masa kat Padang haritu berulang kembali. Nak online punyalah payah masa kat Padang dulu. nak kena tunggu masuk hotel baru boleh online, itupun slow. Kejap dapat, kejap tak dapat . Tapi setelah dirisik , kat sini kalau tak beli simkad pun takpe sebabnya WiFi kat sini bersepah-sepah . Memang senang lah nak cari wifi kat sini. Kalau korang nak datang sini , tak payah sibuk-sibuk nak beli simkad. On je wifi , Insya-Allah dapat .


Masa keluar dari Airport ni, Agen yang pickup kami suruh tunggu kat tiang no13 . Kami punya tunggu2, tak muncul-muncul. Haish. Risau jugaklah pada mulanya. Tak lama lepas tu, datang sorang mamat Vietnam ni kat tiang 13 kat kawasan kami satu group berkumpul. 

"dari Malaysia kan? Group Sophia?"

Eh, Apasal pulak sophia. Dia cakap sambil tunjuk kertas (yang selalu orang pegang kat balai ketibaan tu lah) nama Sophia. Tapi yang nyata bukanlah nama group kami ni. Aku dah sikit cuak la pada mulanya. Bukan apa, kita ni kat tempat orang. Takut la pulak kalau ada orang yang ambil kesempatan dari kami ni. Lelaki tu terus tanya lagi.

"sebelas orang kan? dari Malaysia? Bos saya suruh ambil 11 orang kat tiang 13 ni."

sambil tunjuk-tunjuk kertas nama Group Sophia tu.

aku cakap lah, "kami memang sebelas orang, tapi bukan Group Sophia"

Kami dah malas nak layan dah mamat tu sebab tgk nama dia pegang tu dah salah kan, So, mamat tu call la dia punya bos. Pastu bos dia pun hantar gambar 'GROUP SOPHIA' tu kat mamat tadi. Bila mamat ni tunjuk gambar yang bos dia hantar, sekali tgk gambar, rupanya gmbar kami sekumpulan yang sepupu aku hantar kat agen sebelum naik flight td. Rupanya bos dia tu salah print nama laaaa... Ntah Group Sophia mana tak tau la. 



Itulah mamat yang amik kitorang kat airport tu. Namanya Kevin. Dia cakap orang Malaysia bagi nama kat dia Mohd Kevin . Dia ni beragama bebas . Umur baru 27tahun. Muda lagi. Dia boleh berbahasa melayu cuma tunggang langgang sikit la bahasa dia tu.. Dia kata dia belajar cakap bahasa melayu ambil masa 4bulan je. Hebat~

Selepas dah confirm yang Kevin ni adalah agen yang sah, kami pun bergerak ke Hotel. Perjalanan dari airport ke hotel tempat penginapan kami tu, memakan masa cuma setengah jam sahaja. Tapi, menurut kata kevin, kalau jammed, perjalanan yang makan masa setengah jam boleh jadi 2-3jam ..




Inilah Hotel tempat kami menginap selama 4hari 3malam di sini . . setaraf 3bintang punya hotel . .  Hotel ni agak strategik jugak sebabnya tempat-tempat untuk shopping tak jauh. cuma jalan kaki je.

untuk ke Ben Than Market : 2 Minit jalan kaki
Tako Plaza : 10 Minit jalan kaki
Pasar Malam Ben Than : 5 Minit jalan kaki


 kami tak boleh nak check-in lagi sebabnya belum masa checkin lagi. Semua hotel di Vietnam, jam 2 petang baru boleh checkin. So kami tumpang letak beg dulu kat lobby hotel tu.. Lepas tu pihak hotel akan minta kita punya pasport untuk dia simpan sepanjang kita menginap kat situ. Salah satu langkah keselamatan jugaklah. 







Sementara menunggu masa untuk checkin hotel, kami pun saja-saja lah jalan mencuci mata di dalam pasar Ben Tanh. Kevin kata, untuk hari pertama ni, cuci-cuci mata dulu sebab kita tak boleh agak lagi harga mana yang mahal, mana yang murah. So, cuci-cuci mata lah dulu dalam pasar ni. Cuci mata tu cuma tengok-tengok je. Janganlah pulak kita pergi tanya harga pastu tawar menawar pulak. Nanti kalo kita dah tanya harga dan tawar menawar, kalau kita tak jadi beli, habisnya dicarut kita nanti. Rata-rata peniaga kat dalam ni, boleh berbahasa melayu dan english. so tak perlu risau . . 





Lepas dah mencuci mata di pasar Ben Tanh , kami singgah la sekejap di Restaurant-Halal Food Hj. Mansour untuk menghabiskan masa menunggu untuk checkin hotel.




Aku try kopi  susu Vietnam yang dikatakan sedap sangat sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi kononnya .  Kalau nak dikira testimoni pasal kopi susu ni sangatlah berlambak-lambak di internet. Majoriti yang datang ke Vietnam kalau tak cerita pasal kopi tak sah la trip ke Vietnam kali tu. hahaaha . . Tapi pada aku, sedap lagi kopi yang aku minum kat kampung. Pada aku kopi ni biasa-biasa je la. Tak la sedap sangat smpai nak berulang-ulang minum kot. Lain orang lain citarasa. so sila jangan kecam. Lagipun aku bukanlah peminat kopi dan lidah aku bukanlah ditakdirkan untuk mencintai kopi. Ahaks~



Selepas minum-minum dikedai Hj Mansour tu, kami balik ke hotel untuk dapatkan bilik. Aku dan Amir dapat bilik kecik sikit. yang lagi 3 bilik memasing besar and bilik air siap ada bath tub lagi. I IS JEALUOS!! Tapi dah kami duduk berdua je dalam bilik, dapat la bilik yang kecik sikit. Yang lain semua 3orang sebilik.  



Selepas merehatkan diri di hotel, dalam pukul6 petang kami pergi semula ke Restaurant Haji Masour tadi untuk makan malam . . Lepas makan malam ni, pada mulanya nak terus jalan-jalan ke Pasar Malam Ben Tanh tapi rupanya pasar tu mula selepas jam 8 malam. So, kami balik hotel dulu .





Dalam pukul 9 , barulah kami turun semula ke Pasar Malam tu. Aku plan nak cari selipar untuk kegunaan aku sepanjang kat sini. Sebab aku bawak kasut sepasang je datang sini. So, malam pertama tu, dapatlah dua pasang selipar beli kat pasar malam ni . .

Tak banyak pun beli sebab baru hari pertama kan. lebih kepada survey2 je...Lepas tu balik bilik tidur awal sikit sebab esok punya jadual agak padat jugak.

so sambung next entry pulak ye. Hihihiihi..



Friday, July 29

Day 3 : Padang - Bukit Tinggi (Lobang Jepang)

Assalamualaikum . . 

Bermula lah hari ke-3 di Padang . . 


Pagi - pagi lagi dah packing barang bawak turun semua sebab malamnya kami tak bermalam di
 Hotel Grand Malindo dah . .

So sebelum gerak dari hotel, kami ke Lobang Jepang dulu . . Lobang Jepang ni berada tak jauh dari 
Hotel Grand Malindo ni . . Jalan kaki je pergi . . Memandangkan rombongan yang aku join ni 
kebanyakan mereka dah pernah join trip Padang-Bukit Tinggi ni,
 bermakna ramai yang dah pernah pergi masuk Lobang Jepang nie . . Maka nya ada yang taknak pergi . . Termasuklah abah aku . . Kalau ikutkan, malas je nak masuk . . Sebab abah taknak masuk . .  huhuhu . .  Tapi Abah kata, kalau dah sampai sini, rugi la kalo tak masuk 
Lobang Jepang ni . . 

So aku and adik2 aku pergilahhh.. Abah ikut jugak ke Lubang Jepun tu . . Tapi dia masuk sampai Panorama je. Tak larat nak masuk Terowong Lubang Jepun sebab sakit kaki. Lagipun abah dah pernah masuk  . . 


Depan pintu masuk Panorama & Lubang Jepun . . Abah masuk sekali tengok Panorama je . . Nak masuk dalam ni kena bayar tau . . Tapi aku tak tau berapa sebab Pak Adi dah settle payment semua cuma nak masuk Terowong Lobang Jepang tu je kena bayar sendiri








Panorama Lobang Jepang ni besar jugak . . Tapi tak sempat la nak cover semua kawasan Panorama sebab kami pun berkejar - kejar masa jugak . 





 

Depan pintu utama Terowong Jepang




Sebelum masuk Lubang Jepang tu , ada orang yang akan bawak kita masuk dalam tu . .  Sebelum dia bg keterangan  , dia bgtau lah yang dia kat sini bawak orang jalan-jalan  bukannya ada gaji pun . . Bukan under kerajaan la kiranya . . So dia minta kitorang bayar  sikit . . Aku pun dah lupa kena bayar berapa . .  Kalo tak silap kalo dalam ringgit Malaysia tu dalam RM5/RM10 seorang macam tu . . Aku pun dah lupe.. Maklum lah . . Dah 5 bulan berlalu baru gigih nak update . .So, bayar je la . . Lagipun bagus jugak, sambil dia bg penerangan, 
sambil dia tolong ambikkan gambar. .  So, berbaloi jugak la . .





Untuk masuk dalam terowong Lubang jepang ni , kena turun anak tangga dulu.. Barulah nampak
ruang-ruang dalam terowong ni  . . 


Terowong ni panjangnya mencapai 1400m. Jauh oo00o0o0o0 nak jalan ..


 Masa mula-mula masuk ni, aku budget mesti panas.. dah la aku pakai sweater . . Rupanya bila dah masuk dalam gua tu, sejuk je . .  Pengudaraan udara dalam ni pun bagus . . Tak rasa lemas pun




 Dinding terowong ni dibuat dari sejenis tanah yang kalo kena air, lagi kukuhlah dinding ni . . Masa gempa bumi yang manggoncang Sumatera Barat masa Tahun 2009 yang lalu pun tak banyak menjejaskan stuktur dinding terowong nie . .  Masya-Allah . . 



salah satu ruang dalam terowong ni adalah lubang ni . .  Dulu masa pertemuan pertama terowong ni, lubang ni besar, tinggi seberdiri la.. kiranya kalo masuk dalam lubang ni dalam keadaan berdiri pun boleh . . Tapi sekarang dorang dah kecikkan sikit . . bahagian depan .. Sebabnya tak tahulah. Lupa tanya . . . . Hujung lubang ni ada sungai . .  Lubang ni kegunaannya adalah untuk menarik mayat (kerahan) keluar dan dihanyutkan di sungai . . So automatik jadi seram sikit la . . Ada gambar abang ni ambik guna henset aku masuk dalam lubang tu. . .  Tapi aku dah delete sebab takuttt . .  hahahaha


Ini pulak pintu pengintaian . . Tujuannya? sila gugel .. ahahha..

dalam terowong ni ada banyak bahagian . . ada bahagian dapur, bahagian meeting, bahagian penjara . bahagian senjata pun ada jugak . . Menurut abang yang mencerita ni, masa pertama kali jumpa terowong ni, ruang tempat simpan senjata masih ada senjata dan peluru hidup.. kiranya masa Jepun keluar, dorang tak bawak senjata sekali.. buat peninggalan sejarah.. Agaknya~ 

Dan dalam terowong ni tak jumpa satu mayat pun.. Memang Jepun pada masa tu dorang tak suka simpan mayat sebab dorang kan stay kat dalam terowong ni.. So takkan dorang nak simpan mayat dalam tu.. Sebab tu mayat  dorang main hanyut je kat sungai . . 

Masa aku pergi, tempat ni dalam proses nak buat muzium dalam terowong ni . . Katanya bila muzium tu dah siap, semua benda yang dorang jumpa ada dalam terowong ni, dorang akan pamerkan . . contoh senjata yang dorang jumpa kat ruang senjata, cawan dan pinggan yang dijumpai di ruang makan, pintu penjara yang diperbuat dari buluh, dorang akan pamerkan nanti. Maknanya apa?? dah siap muzium tu nanti kena datang lagi la jawabnya... huhuhuh... Tapi memang best kat sini sebab sejukkkk . . .  Tak panas lansung . . Bukit Tinggi kannn



Hujung terowong ni adalah jalan keluar . .  Ikutlah nak keluar kat belakang ni ke, atau kat pintu masuk yang turun tangga tadi tu . .  jauh tu nak keluar ikut pintu depan . .  So kami keluar kat pintu belaknag ni jelah . .  Ada kereta yang boleh bawak kita naik ke tempat pertama masuk tadi . .  Kena bayarlah tapi . .


Dengan abang polis.. ntah, polis ke jaga ke, aku pun tak tau . . Serius sangat mukanya  . . . 



dalam kete yang ambik kami bawak naik . . Lupa la nama kenderaan ni . .  Adoilahhh . .  



kat belakang tu tengah kutip duit nak bayar kete tu . .  hahahaha . . .

Sapa-sapa yang sampai ke Padang - Bukit tinggi ni harus masuk Lubang Jepun ni . .  Seriusly kagum dengan reka bentuknya . . Macam aku, mula-mula masuk tetiba rasa macam scene Nujum Pak Belalang dalam gua tu . .  Hahaha . . 


Wednesday, March 9

DAY 2 : Padang Bukit Tinggi Indonesia (Ummi Aufa Hakim , Lembah Arau/Lembah Ekor & Lengkok 9)


Assalamualaikum . . 

Aktiviti hari ke-2 kami bermula dngan sarapan pagi di Hotel Gran Malindo. Sarapan pagi seawal 6.30pg waktu Indonesia. Kalo waktu Malaysia pukul 7.30pg time tu. 



OOTD untuk hari ke-2 adalah baju beli kat kedai MUNI MUNI tu. Cantik sulamannyer. Baju ni beli sebab memang dah plan taknak bawak baju byk, sebab nak beli baju baru kat sini. Tapi sampai kesudah, sehelai ni je la baju yg dibeli kat sini. huhu. Kat sini takde iron. Kalau nak iron kena hantar kat laundry. nnt dia tolong gosokkan. Tapi kena bayarlah. Pastu nak kena tunggu masa laundry bukak pulak. Memang tak iron lah sampai kesudah. So, kalo tengok gambar2 tudung kedut2 tu jangan ditegurr...haha


Acah belek paper Padang Express sebelum sarapan pagi.


Breakfast adalah berupa nasi goreng + meggi goreng (kalo tak silap). Rasanya tak lah sesedap makan di RESTORAN PAK DATUK semalam. Tapi takat nak lapik perut sebelum berjalan seharian harini, cukup sangat dah breakfast kami tu.


Masa tengah sarapan tu, berita tentang Gempa Bumi kat Taiwan. Masa ni agak seram dah sebab kawasan Padang ni memang antara kawasan yang selalu kena gempa bumi. Tapi syukur sepanjang kat sana takda apa kejadian yang tidak diingini berlaku. Kecuali insiden pokok tumbang. Itu nanti next entry kita cerita.


KEDAI UMMI AUFA HAKIM


Lepas sarapan, tempat pertama yang Pak Adi bawak ktorang adalah ke Kedai Kerepek Ummi Aufa Hakim. 



Kat sini memang banyak la mkanan/ kerepek-kerepek. Ada pisang salai, bahulu,kerepek pisang dll. Serunding pun ada jual kat sini. Kat sini banyak jugak ktorang beli. Beli pun sebab ada orang kirim + nak bagi jiran-jiran sedara mara. Kakak Ipar aku ada yang mengandung. Kirim pisang salai. Aku tak tau la apa rasanya sebab aku tak try pun, Ntah la. Macam tak minat. Yang aku minat kat sini adalah Kueh Bangket dan Kerepek pisang coklat je. hihi. 


  Staff kat sini umakaiiiihhhh.... lemah lembut je suaranya. kalo nak buat calon menantu memang sesuai sngatlah. Lemah lembut tutur bahasa.Bila bercakap dengan dorang terasa macam suara aku ni kasar giler. 


aku kat sini banyak makan TESTER je. saja nak try. Tapi makin aku test makin banyak pulak aku nak beli. Nasib la kat sini abah ada sponsor sket. yahoo.. jimat. Yelah, aku bawak Sejuta Rupiah je datang Padang nie. Sob..Sob..



Tempat masak2 kerepek kat tepi kedai je.


Yang best kat sini bila kita beli banyak dia siap packingkan dalam kotak. so senang la nak bawak naik flight balik nnt. 


Kueh Bangket nie la yang aku suka tu.. Masa tunggu geng2 lain siap membeli belah, aku makan la kueh bangkit ni. Pastu aku pas la sikit kat orang yang duduk blakang kerusi aku dalam bas tu. skali dia rasa, terus dia bangun dan masuk balik kedai tu membeli jugakkkk... huhu.. 


Lepas memborong segala kerepek kat kedai tu tadi, kitorang pergi ke Air Terjun Lembah Arau pulak. Sebelum pergi ke air terjun tu, lepak-lepak amik gambar scenery dulu.. Ada yang panggil tempat ni Lembah Ekor. Sebab kat sini ada bukit batu yang kalo kita menjerit, berekor-ekor lah gemanya. Tapi aku tak try jerit pun sebab dorang tak berheni kat Bukit batu tu. Kalo berhenti, memang aku jerit dahhh.. hahahahaha


Pemandangan di Lembah Arau.


Lepas dah puas bergambar kat sini, kami bergerak pula ke Air terjun lembah Arau... Tak excited sangat time ni. sebab kat sini banyak giler air terjun, Lebih-lebih lagi masa ni musim hujan. Memang banyak la.. Ada tinggi ada rendah. Sama je macam air terjun yang pernah aku tengok.


Dalam perjalanan ke Air Terjun tu, ternampak la rombongan orang kawin. Semua pakai sedondon. Adat minangkabau lah kot.


Banjir. Pergi musim hujan memang nampak banjir je la.. huhu. Nasib la banyak jugak tempat dapat cover masa kat sini.


 AIR TERJUN LEMBAH ARAU


Nampak je Air Terjun ni tetiba rasa KETERUJAAN yang melampau. Subhanallah.. Indah sungguh ciptaan tuhan. memang cantik sangat.. Walaupun terkena tempias Air Terjun ni, tapi sesi bergambar harus diteruskan. 


Siap bergambar dengan basikal lagi. Masa ni, aku nampak budak-budak sekolah lalu lalang kat depan air terjun ni sambil naik basikal. Aku nampak scene tu terlalu menarik. Maka dengan kuasa sebagai seorang pelancong, aku tahan la sorang budak ni. 

"nak pinjam basikal boleh?"
"kak mau kemana?"
"saya nak pinjam amik gambar je"
"okey.."
"beg ni ambillah" 
"takpe kak, biar aja'

maka terhasillah gambar ni. masa nak ambik gambar ni, aku kat situ dah hampir basah terkena tempias air terjun tu. habis spect mata. dah la spect mata takde wiper. uhuk uhuk. Lepas dah pulangkan basikal kat budak tu, aku hulurlah RM1. Bukan main suke dorang dapat duit. 


Lepas dah agak kebasahan akibat ditempias air terjun, maka kami pun lepak la kejap dalam kedai kat depan air terjun ni untuk menumpang teduh. 


makanan kat sini seuma basah kena tempias air terjun ni. Sebab tu la kebanyakan mkanan jual kat sini bertutup/plastik.

LENGKOK 9



Lepas menikmati keindahan alam di Air Terjum Lembah Arau, kami ke Lengkok 9 pulak. 


Pada mulanya kami pergi yang kat kawasan bawah ni. Nampak tak termpat yang aku bulatkan tu? kat situ lah kami nak pergi lepas ni. Dari sini nampak pondok2 gerai je. Untuk sampai ke tingkat atas tu, ada 2 jalan. Satu jalan yang berlengkok-lengkok dan satu jalan yang baru buat . Tak berlengkok dah la. Pak Adi bawak kami naik guna jalan berlengkok dan turun duna jalan baru. 

Pengalaman naik ke atas tu guna laluan lengkok ni sangatlah menggerunkan. jurang kat tepi tu ngeri sangat tgk. Ha! inilah salah satu reason kenapa bas perlancongan kecik2. Dah jalan pun kecik gitu. nak belok pun ngam2 bas kecik tu je. Jalan tu berlengkok2 sebanyak 9kali baru sampai kat atas tu. Masa ni kami tak pergi ke LENGKOK44. dengan cerita lagi extreme dari naik roller coaster.



Lepas dah lalu lengkok9 tu barulah kami sampai kat atas ni...


Kat atas ni ada orang jual2 makanan. Tapi kami tak makan pun. Singgah sini pun sebab nak amik gambar group.



 Time ni dah mula nak hujan dah. Amik gambar group pun rushing2. Dah la amik gambar dekat sangatttttttt dengan curam ni haaaaa... 


Time ni memang ketar lutut diri kat tepi ni. Tinggi tuuu... tersilap langkah boleh kebawah nuuuu...

Lepas dah bergambar group dah selfie2, msing2 perut dah berkeronconggg... Minta makanan. So, kami terus pergi makan ke Restaurant SITUJUAH. 

...NEXT UPDATE....