Saturday, July 23

RESEPI : Ayam Goreng Berempah (senang , mudah , cepat , berkesan )


Assalamualaikum . . 

Ini adalah cubaan pertama memasak ayam goreng berempah dan rasanya sangat sedap . . kira berjaya jugaklah walaupun pertama kali . . Bahan pun senang nak dapat , cara pun mudah sangat . . Try la . . Nak lagi sedap makan dengan nasi kukus + daging kicap/kari . . Voilaaa~



Bahan - bahannya :

4 ketul ayam (aku guna quarter chicken 2set)
1 sudu makan rempah kari
1 sudu makan lada sulah
1 sudu makan serbuk cili (aku guna cili flakes. kisar kering cili kering)
2 batang daun kari
Garam secukup rasa
5 ulas bawang putih (dikisar)
1 inchi halia (dikisar)
3-4 batang serai (dikisar)
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan :-

Cuci bersih ayam 

Gaulkan dengan kesemua bahan diatas kecuali minyak masak. 

Perapkan sekurang-kurangnya 2 jam . . Lagi lama perap lagi sodap !

Panaskan minyak masak dalam kuali . . Guna minyak banyak sikit supaya ayam tu masak sekata . .

Goreng sampai kekuningan dan yakin masak sepenuhnya . 

Dah masak, angkat dan toskan minyak . . 

Siap ! Boleh lah baca doa makan dan makanlahhhh.. Selamat menjamu seleraaa








Friday, July 22

Photoshoot Budget Hari Raya 2016

 Assalamualaikum . .

Memandangkan photoshoot di studio memerlukan ongkos yang banyak, maka marilah kita acah-acah photoshoot . . Guna handphone jelah . . Yang penting cari tempat shoot yang best ! Kalo ada DSLR , mesti lagi cantik gambar2 nie . . Next raya boleh beli dah la sebijik. huhuhu






tema raya tahun ni Amir yang pilih warna . . Baju aku pun dia jugak yang pilihkan . . Kalo ikutkan aku, aku nak baju kurung je.. Senang nak pakai kalau ada apa - apa majlis .Tapi taste Amir not bad jugak . Masa fitting baju ni pun, aku dah falling in love dah .  Tetiba tak sabar nak raya masa test baju ni. 







 Abah sangat sporting masa ni . . And aku sangat suka gmabar ni . .







Raya tahun ni aku tengok ramai yang pakai hijau . . Kami pun hijau jugakk




























Maaf lah gambar berterabur . . Tapi pemandangan kat sini memang cantik . .  Ala-ala Disneyland . .  kalo yang ada DSLR tu, takyah pegi studio dah . Pergi tangkap gambar kat sini pun dah cantik dah . . 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin uolsssssssssss...

DAY 2 : Padang Bukit Tinggi Indonesia (Pongek Situjuah, Kiniko kopi, Masjid Quba', Istana Baso Pagaruyong & Rumah Soto Padang)


Assalamualaikum . .

Masya-Allah . Lama sungguh nak update blog habiskan cerita Padang Bukit tinggi ni . . Harap-harap boleh habiskan cerita Padang nie sebelum next vacation . Ahakss!

okey mari kita sambung DAY 2 kat Padang Bukit Tinggi . . Siapa yang terlepas entry sebelum ni boleh la klik  >> S . I . N . I <<

Selepas kita berpening pening turun dari Lengkok 9 tu , kitorang terus gerak mengisi perut yang kosong di RUMAH MAKAN PONGEK SITUJUAH





Makanan kat sini sedap. Dorang kat sini memang hidang makanan banyak2 dan dalam kuantiti yang sedikit . . Macam biasa, aku cari sambe ijo padang laa.. tapi kat sini sambe ijo nye kasar sket.. Tak best jugak la nak makan . . Tapi dalam tak best tu, banyak jugak la aku baham.. hahaha.  



Lepas je habis makan, Pak Adi (tourist guide) belanja makan durian ler pulakkk... Aku dapat last2 je sebab masa dorang sibuk makan durian , aku masih gigih menghabiskan lauk pauk diatas meja . . Nasib la dapat merasa durian tu jugak . Tapi dah nama bukan rezeki , dapat part2 durian mangko la pulakkk...  



Ni pemandangan depan Rumah Makan Pongek Situjuah tu . . best sangat suasana keliling . . sejuk mata memandang . . 

Perut sudah kenyang , marilah kita minum kopi panas-panas di Kedai kopi Kiniko . Dengar katanya free jeee . . Jom kita terjahhh~



Depan kedai kopi tu ada pulak bunga loceng nie... Cantik.. Jarang jumpa.. selfie sket . .haha


Suasana dalam kedai kopi tu . . 



Kat sini la dorang jamu kopi free . . 


mari-mari kita minum . . 


ni pulak kat laman luar tempat minum kopi tu.. pemandangan sangat menarik.. sambil-sambil minum kopi panas-panas.. Voilaaaa.. 







Secangkir kopi . . Aku ambil segelas, tapi tak minum.. pahit.. aku tak minat sangat kopi pahit2 ni.. Tambah plak serbuk2 kopi tu memenuhi gelas.. Kalo dia ada sediakan penapis ke, konfirm aku layannn..





Dekat Indonesia ni lah tempat kita nak berangan jadi jutawan . . ice cream cone pun 5ribu . . Ahaks


Barang-barang untuk buah tangan balik Malaysia pun banyak jual kat sini. Tapi aku tak beli kat sini sebab kat sini harga boleh tahan jugak.. Murah memang murah.. Tapi abah kata ada tempat shopping lagi murah untuk beli buah tangan ni..  Sabarrr..



Makanan makanan nie pun ada jugakk.. Kalo tak silap adik aku ada beli kayu manis kat sini.. yang panjang2 tuuu.. Okey la jugak membeli . . Takkan singgah sini semata-mata nak minum kopi free kann . . 


Aku tak tahu la tempat apa ni... Tapi nampak macam pelamin sanding2 jee... Duduk la kejap begambar .  Kalo suami ku ikut sekali kan bestt.. Boleh sanding sekali kat atas ni.. Ala-ala minangkabau gituuu



Lepas minum kopi , Marilah kita menunaikan kewajipan kita sebagai umat Islam . . Berhenti di Masjid Quba' ni untuk solat jamak


Subhanallah . . Cantik sungguh senibina Masjid ni . . Dengar ceritanya, masjid ni dibina oleh seorang taukeh kain .. Dia berniaga kain dan keuntungan perniagaannya digunakan untuk menbina masjid ni . . Suka sangat dengar kisah begini . . 


Sementara tunggu yang lain siap solatt


Selesai menunaikan kewajipan kita, marilah kita singgah pulak di Istana Basa Pagaruyong.. Istana Besar dalam bahasa melayunya . . Memang besar punn.. Kitorang tak masuk pun dalam tu.. sebab masa nie memang dah penat sangat.. berjalan tak berhenti2 .. walaupun naik turun bas, keletihan tu amat dirasai tauu.. Betullah kata abah.. Melancong ni seronok, tapi penat  ..  I get it abah..




Gambar kenangan didepan Istana Basa Pagaruyong . . Aduhaiii.. awatlah perut tuh kedepan sangatt.. spoil gambar .


Patung dua orang ni sibuk je ajak bergambar . . Ingatkan free je..sekali dia minta rm2 laaa... huhu.. UDA & DARA Minangkabau lah kononnyerr.. Tapi yang Dara tuh, posing dia comel sangat . . 


budak belakang tu sibuk je nak korek gigi tengah2 tu.. Ahakss


Bergambar sebelum menyoping depan Istana ni.. Kat depan tuh ada orang menjual2 cenderahati, beg , buah, semuanya murah2 . sempatlah jugak aku beli beg untuk Amir. Walaupun tak berapa mahal, okeylah dari takde.. Yang penting menbeli dengan penuh kasih sayangg.. tak gituu


Sebelum balik ke bilik, marilah kita makan malam dulu.. Kali ni pak adi bawak kami makan kat Rumah Soto Padang . . Aku makan apa kat sini pun aku dah lupa.. Yang aku tahu, makanannya sangatlah tak kena dengan tekak aku . . 


Masa tengah makan, aku tengok ada sorng makcik ni pikul guni pastu bukak guni tu tepi kedai . . Baru lah aku paham, peniaga kat sini, pantang nampak bas, mesti dia akan buka kedai berhampiran bas..Masa ni ramai lah jugak memborong telekung.. Murah2 berbanding yang dikedai2 . .  Aku tak membeli sangat.. Budget kecik. Ahaks

Lepas dari kedai ni, kami pun pulang ke hotel . . 

Settle hari kedua di Padang . . Nanti aku update Day3 plak ye..

byeee.. thanks sudi membaca=)