Thursday, November 24

#Lawakhambar : Masih ceria setelah merokok 3-5 kotak setiap sehari



Seorang wanita sedang berjalan menuju kearah seorang lelaki tua yang sedang berehat di luar rumahnya . . Lelaki yang kelihatan berumur lingkungan 70an itu bermain buaian yang dibuat sendiri olehnya sambil bersiul-siul mengikut rentak lagu Aiman Tino Ku Rela dibenci. Hidupnya nampak seperti terlalu gembira seperti tiada masalah yang membelenggu dirinya . .

Setelah tiba , wanita itu pun memulakan bicara dengan harapan dapatlah dia beramah mesra bersama lelaki tua itu

"Assalamualaikum pakcik . . saya tengok pakcik ni ceria je . . Apa rahsia yang menyebabkan pakcik sentiasa ceria walaupun sudah meningkat usia??"

Riak wajah lelaki itu sedikit terkejut tapi tetap melemparkan senyuman . . seraya berkata

"Saya tidak mempunyai apa-apa rahsia pun . .Setiap hari saya cuma merokok 3-5 kotak , minum arak 2-3 botol , makan jajan , makan semua makanan tak kira berminyak atau berlemak . Bersenam pun saya tak buat . Malas . . "  jawab lelaki itu

"Dasyat jugak pakcik ni ye . ." wanita itu memuji

Lelaki itu tersenyuman dalam terpaksa

"berapa umur pakcik sekarang ni??" tanya wanita itu .

"19tahun"jawabnya ringkas sambil sambung bersiulan . .

#LAWAKHAMBAR

Monday, November 7

Unboxing Tefal La Moulinette

Assalamualaikum . . 

Jarang-jarang nak buat entry basal unboxing ni . Tapi kali ni agak teruja sikit sebab benda ni memang dah lama nak beli tapi tangguhkan hajat sebab blender dah ada kat rumah hadiah masa kawin dulu . . Tapi semalam masa jalan-jalan kat The Spring tu, ternampak plak sale Tefal ni . . Tefal ni salah satu brand yang memang aku minat . The first produk collection from Tefal yang aku beli adalah steam iron . I love it so much! And sekarang tengah usha-usha collection non-sick pan Tefal tu . . Tak sabarrr!

Ok let's begin te unboxing !



Ok ini dia yang aku dapat . . Kotak tak besar pun sebab barang dalamnya pun tak besar mana . Harga RM249.00 . . After less, RM199.20 . . Hampir RM50 less nya . takkan tak sambar lagiiiii.. Haruslah!


 Ini pulak barang yang ada dalam kotak . . Satu set La Moulinette, Warranty Card  dan User Manual .


Zoon in sikit . . Auwww! seksi sangattttt.. Yang bestnye La moulinette ni, bila nak blender, tak perlu letak air. Nak kisar daging pun boleh jugak . Kebiasaannye blender yang biasa tu, kena masuk air sikit baru boleh gerak pengisar tu . Yang ni tak perluuu... So, kalo nak kisar bahan-bahan untuk menumis tu, memang okey sangat-sangat guna yang ni . . Kalau nak buat sambal belacan lagilah senangkannn.. . Dah boleh tolak tepi lesung batu . . 


Komponen pun tak banyak. 4 pcs je . . So senang nak assemble. pastu yang paling best, takde button. I likeeeeeee.... Nanti Insya-Allah, kalau rajin, aku buat satu video pasal penggunaan belender ni.. Kalau rajinlah . Hahha

And lasttt,



I got this cash voucher ! RM10 Parkson Voucher . RM10 pun berharga tau zaman-zaman minyak naik ni . . 

Ok, done for the unboxing . Nanti kita buat entry unboxing Iphone7 pulak. Nak tak?? hahahahaha





Sunday, November 6

Gerai Makanan Dan Minuman Rahamath (NASI GANJA/VANGGE IPOH)

Assalamualaikum . . 

Siapa orang Ipoh kat sini? Mesti dah biasa sangat dengar pasal nasi ganja kan? Kadang-kadang orang panggil Nasi Vangge . . Ada banyak jugak kedai Nasi Vangge kat Ipoh ni . Tapi yang biasa aku makan adalah di Rahamath ni . . 



Kedai ni agak tersorok sikit. Kalau lalu jalan belakang Masjid Negeri tu, kadang-kadang boleh terlajak la . . Tapi jarang-jarang nak terlajak sebab jalan ni sibuk sikit . Selalu jammed jugak la. So, bila dah jammed takkan boleh tak perasan kedai tepi tu kan . . 

Lagi satu, kalo nak makan kedai ni harus diingatkan bahawa parking memang susah nak dapat kat depan kedai ni . Kalo ikut cara Abah, dia lebih suka parking dalam masjid negeri tu je . seringgit ke, dua ringgit aku tak ingat. tapi ringgit ringgit je la parking kat dalam masjid negeri tu . Daripada susah-susah cari parking, baiklah parking dalam masjid tu je . Sambil parking sambil bersedekah . Lagipun, keluar jalan belakang masjid tu, jalan sikit je dah boleh sampai kedai ni . 


Kebiasaannya, kami akan ambil nasi dulu . Nasi ni pakej la sekali ngan kari ke apa tak tau la . pastu kalo aku, aku suka makan ngan telur masin. So, tambah telur masin siap2 masa ambil nasi tu. Lepas tu, duduk la dulu. Selalu Abah akan ambilkan lauk dalam satu pinggan . Kalo makan kat sini, kami suka lagi makan ayam . Ayam kat sini segar . Isi pun putih bersih je . Pastu rasa dia pun sedap. Tak tau nak cakap. Korang kena try dulu, baru korang boleh judge!


Meja kat sini lebih bersifat 'pergaulan' sebabnya meja semua sambung-sambung je. Macam dewan makan kat asrama. hahaha.. Duduk je mana ada tempat kosong . Sebab kedai ni memang akan ramai sangat orang. lebih-lebih lagi time lunch hour . Abah kalau ajak kitorang makan sini, mesti kul12 tgahari dah ada kat kdai ni. kalo lewat, memang sesak lah . Kedai ni pernah viral sebab orang beratur sampai keluar kedai . 


Nasi kat sini, harga memang sangat-sangat berbaloi . . kalo divide per person punya harga, sorang makan dalam 6-7 Ringgit je . Termasuk air okeyyy.. 


Makan meja bersepah adalah kemestian . Sebab apa? Sebab pinggannye kecik dan nipis! Nak pulak orang yang makan dalam pinggan tu semua tangan bulat-bulat comel-comel je, memang bertabur-taburan lah nasi kat atas meja tu . . 




Pandangan depan kedai makan ni.


TIPS : jangan makan berat-berat time breakfast kalau nak makan lunch kat sini. Baru dapat nikmat makan dan nikmat kesedapan tu.. hahaha .