Sunday, November 6

Gerai Makanan Dan Minuman Rahamath (NASI GANJA/VANGGE IPOH)

Assalamualaikum . . 

Siapa orang Ipoh kat sini? Mesti dah biasa sangat dengar pasal nasi ganja kan? Kadang-kadang orang panggil Nasi Vangge . . Ada banyak jugak kedai Nasi Vangge kat Ipoh ni . Tapi yang biasa aku makan adalah di Rahamath ni . . 



Kedai ni agak tersorok sikit. Kalau lalu jalan belakang Masjid Negeri tu, kadang-kadang boleh terlajak la . . Tapi jarang-jarang nak terlajak sebab jalan ni sibuk sikit . Selalu jammed jugak la. So, bila dah jammed takkan boleh tak perasan kedai tepi tu kan . . 

Lagi satu, kalo nak makan kedai ni harus diingatkan bahawa parking memang susah nak dapat kat depan kedai ni . Kalo ikut cara Abah, dia lebih suka parking dalam masjid negeri tu je . seringgit ke, dua ringgit aku tak ingat. tapi ringgit ringgit je la parking kat dalam masjid negeri tu . Daripada susah-susah cari parking, baiklah parking dalam masjid tu je . Sambil parking sambil bersedekah . Lagipun, keluar jalan belakang masjid tu, jalan sikit je dah boleh sampai kedai ni . 


Kebiasaannya, kami akan ambil nasi dulu . Nasi ni pakej la sekali ngan kari ke apa tak tau la . pastu kalo aku, aku suka makan ngan telur masin. So, tambah telur masin siap2 masa ambil nasi tu. Lepas tu, duduk la dulu. Selalu Abah akan ambilkan lauk dalam satu pinggan . Kalo makan kat sini, kami suka lagi makan ayam . Ayam kat sini segar . Isi pun putih bersih je . Pastu rasa dia pun sedap. Tak tau nak cakap. Korang kena try dulu, baru korang boleh judge!


Meja kat sini lebih bersifat 'pergaulan' sebabnya meja semua sambung-sambung je. Macam dewan makan kat asrama. hahaha.. Duduk je mana ada tempat kosong . Sebab kedai ni memang akan ramai sangat orang. lebih-lebih lagi time lunch hour . Abah kalau ajak kitorang makan sini, mesti kul12 tgahari dah ada kat kdai ni. kalo lewat, memang sesak lah . Kedai ni pernah viral sebab orang beratur sampai keluar kedai . 


Nasi kat sini, harga memang sangat-sangat berbaloi . . kalo divide per person punya harga, sorang makan dalam 6-7 Ringgit je . Termasuk air okeyyy.. 


Makan meja bersepah adalah kemestian . Sebab apa? Sebab pinggannye kecik dan nipis! Nak pulak orang yang makan dalam pinggan tu semua tangan bulat-bulat comel-comel je, memang bertabur-taburan lah nasi kat atas meja tu . . 




Pandangan depan kedai makan ni.


TIPS : jangan makan berat-berat time breakfast kalau nak makan lunch kat sini. Baru dapat nikmat makan dan nikmat kesedapan tu.. hahaha . 



No comments: