Friday, July 29

Day 3 : Padang - Bukit Tinggi (Lobang Jepang)

Assalamualaikum . . 

Bermula lah hari ke-3 di Padang . . 


Pagi - pagi lagi dah packing barang bawak turun semua sebab malamnya kami tak bermalam di
 Hotel Grand Malindo dah . .

So sebelum gerak dari hotel, kami ke Lobang Jepang dulu . . Lobang Jepang ni berada tak jauh dari 
Hotel Grand Malindo ni . . Jalan kaki je pergi . . Memandangkan rombongan yang aku join ni 
kebanyakan mereka dah pernah join trip Padang-Bukit Tinggi ni,
 bermakna ramai yang dah pernah pergi masuk Lobang Jepang nie . . Maka nya ada yang taknak pergi . . Termasuklah abah aku . . Kalau ikutkan, malas je nak masuk . . Sebab abah taknak masuk . .  huhuhu . .  Tapi Abah kata, kalau dah sampai sini, rugi la kalo tak masuk 
Lobang Jepang ni . . 

So aku and adik2 aku pergilahhh.. Abah ikut jugak ke Lubang Jepun tu . . Tapi dia masuk sampai Panorama je. Tak larat nak masuk Terowong Lubang Jepun sebab sakit kaki. Lagipun abah dah pernah masuk  . . 


Depan pintu masuk Panorama & Lubang Jepun . . Abah masuk sekali tengok Panorama je . . Nak masuk dalam ni kena bayar tau . . Tapi aku tak tau berapa sebab Pak Adi dah settle payment semua cuma nak masuk Terowong Lobang Jepang tu je kena bayar sendiri








Panorama Lobang Jepang ni besar jugak . . Tapi tak sempat la nak cover semua kawasan Panorama sebab kami pun berkejar - kejar masa jugak . 





 

Depan pintu utama Terowong Jepang




Sebelum masuk Lubang Jepang tu , ada orang yang akan bawak kita masuk dalam tu . .  Sebelum dia bg keterangan  , dia bgtau lah yang dia kat sini bawak orang jalan-jalan  bukannya ada gaji pun . . Bukan under kerajaan la kiranya . . So dia minta kitorang bayar  sikit . . Aku pun dah lupa kena bayar berapa . .  Kalo tak silap kalo dalam ringgit Malaysia tu dalam RM5/RM10 seorang macam tu . . Aku pun dah lupe.. Maklum lah . . Dah 5 bulan berlalu baru gigih nak update . .So, bayar je la . . Lagipun bagus jugak, sambil dia bg penerangan, 
sambil dia tolong ambikkan gambar. .  So, berbaloi jugak la . .





Untuk masuk dalam terowong Lubang jepang ni , kena turun anak tangga dulu.. Barulah nampak
ruang-ruang dalam terowong ni  . . 


Terowong ni panjangnya mencapai 1400m. Jauh oo00o0o0o0 nak jalan ..


 Masa mula-mula masuk ni, aku budget mesti panas.. dah la aku pakai sweater . . Rupanya bila dah masuk dalam gua tu, sejuk je . .  Pengudaraan udara dalam ni pun bagus . . Tak rasa lemas pun




 Dinding terowong ni dibuat dari sejenis tanah yang kalo kena air, lagi kukuhlah dinding ni . . Masa gempa bumi yang manggoncang Sumatera Barat masa Tahun 2009 yang lalu pun tak banyak menjejaskan stuktur dinding terowong nie . .  Masya-Allah . . 



salah satu ruang dalam terowong ni adalah lubang ni . .  Dulu masa pertemuan pertama terowong ni, lubang ni besar, tinggi seberdiri la.. kiranya kalo masuk dalam lubang ni dalam keadaan berdiri pun boleh . . Tapi sekarang dorang dah kecikkan sikit . . bahagian depan .. Sebabnya tak tahulah. Lupa tanya . . . . Hujung lubang ni ada sungai . .  Lubang ni kegunaannya adalah untuk menarik mayat (kerahan) keluar dan dihanyutkan di sungai . . So automatik jadi seram sikit la . . Ada gambar abang ni ambik guna henset aku masuk dalam lubang tu. . .  Tapi aku dah delete sebab takuttt . .  hahahaha


Ini pulak pintu pengintaian . . Tujuannya? sila gugel .. ahahha..

dalam terowong ni ada banyak bahagian . . ada bahagian dapur, bahagian meeting, bahagian penjara . bahagian senjata pun ada jugak . . Menurut abang yang mencerita ni, masa pertama kali jumpa terowong ni, ruang tempat simpan senjata masih ada senjata dan peluru hidup.. kiranya masa Jepun keluar, dorang tak bawak senjata sekali.. buat peninggalan sejarah.. Agaknya~ 

Dan dalam terowong ni tak jumpa satu mayat pun.. Memang Jepun pada masa tu dorang tak suka simpan mayat sebab dorang kan stay kat dalam terowong ni.. So takkan dorang nak simpan mayat dalam tu.. Sebab tu mayat  dorang main hanyut je kat sungai . . 

Masa aku pergi, tempat ni dalam proses nak buat muzium dalam terowong ni . . Katanya bila muzium tu dah siap, semua benda yang dorang jumpa ada dalam terowong ni, dorang akan pamerkan . . contoh senjata yang dorang jumpa kat ruang senjata, cawan dan pinggan yang dijumpai di ruang makan, pintu penjara yang diperbuat dari buluh, dorang akan pamerkan nanti. Maknanya apa?? dah siap muzium tu nanti kena datang lagi la jawabnya... huhuhuh... Tapi memang best kat sini sebab sejukkkk . . .  Tak panas lansung . . Bukit Tinggi kannn



Hujung terowong ni adalah jalan keluar . .  Ikutlah nak keluar kat belakang ni ke, atau kat pintu masuk yang turun tangga tadi tu . .  jauh tu nak keluar ikut pintu depan . .  So kami keluar kat pintu belaknag ni jelah . .  Ada kereta yang boleh bawak kita naik ke tempat pertama masuk tadi . .  Kena bayarlah tapi . .


Dengan abang polis.. ntah, polis ke jaga ke, aku pun tak tau . . Serius sangat mukanya  . . . 



dalam kete yang ambik kami bawak naik . . Lupa la nama kenderaan ni . .  Adoilahhh . .  



kat belakang tu tengah kutip duit nak bayar kete tu . .  hahahaha . . .

Sapa-sapa yang sampai ke Padang - Bukit tinggi ni harus masuk Lubang Jepun ni . .  Seriusly kagum dengan reka bentuknya . . Macam aku, mula-mula masuk tetiba rasa macam scene Nujum Pak Belalang dalam gua tu . .  Hahaha . . 


No comments: