Wednesday, March 9

DAY 2 : Padang Bukit Tinggi Indonesia (Ummi Aufa Hakim , Lembah Arau/Lembah Ekor & Lengkok 9)


Assalamualaikum . . 

Aktiviti hari ke-2 kami bermula dngan sarapan pagi di Hotel Gran Malindo. Sarapan pagi seawal 6.30pg waktu Indonesia. Kalo waktu Malaysia pukul 7.30pg time tu. 



OOTD untuk hari ke-2 adalah baju beli kat kedai MUNI MUNI tu. Cantik sulamannyer. Baju ni beli sebab memang dah plan taknak bawak baju byk, sebab nak beli baju baru kat sini. Tapi sampai kesudah, sehelai ni je la baju yg dibeli kat sini. huhu. Kat sini takde iron. Kalau nak iron kena hantar kat laundry. nnt dia tolong gosokkan. Tapi kena bayarlah. Pastu nak kena tunggu masa laundry bukak pulak. Memang tak iron lah sampai kesudah. So, kalo tengok gambar2 tudung kedut2 tu jangan ditegurr...haha


Acah belek paper Padang Express sebelum sarapan pagi.


Breakfast adalah berupa nasi goreng + meggi goreng (kalo tak silap). Rasanya tak lah sesedap makan di RESTORAN PAK DATUK semalam. Tapi takat nak lapik perut sebelum berjalan seharian harini, cukup sangat dah breakfast kami tu.


Masa tengah sarapan tu, berita tentang Gempa Bumi kat Taiwan. Masa ni agak seram dah sebab kawasan Padang ni memang antara kawasan yang selalu kena gempa bumi. Tapi syukur sepanjang kat sana takda apa kejadian yang tidak diingini berlaku. Kecuali insiden pokok tumbang. Itu nanti next entry kita cerita.


KEDAI UMMI AUFA HAKIM


Lepas sarapan, tempat pertama yang Pak Adi bawak ktorang adalah ke Kedai Kerepek Ummi Aufa Hakim. 



Kat sini memang banyak la mkanan/ kerepek-kerepek. Ada pisang salai, bahulu,kerepek pisang dll. Serunding pun ada jual kat sini. Kat sini banyak jugak ktorang beli. Beli pun sebab ada orang kirim + nak bagi jiran-jiran sedara mara. Kakak Ipar aku ada yang mengandung. Kirim pisang salai. Aku tak tau la apa rasanya sebab aku tak try pun, Ntah la. Macam tak minat. Yang aku minat kat sini adalah Kueh Bangket dan Kerepek pisang coklat je. hihi. 


  Staff kat sini umakaiiiihhhh.... lemah lembut je suaranya. kalo nak buat calon menantu memang sesuai sngatlah. Lemah lembut tutur bahasa.Bila bercakap dengan dorang terasa macam suara aku ni kasar giler. 


aku kat sini banyak makan TESTER je. saja nak try. Tapi makin aku test makin banyak pulak aku nak beli. Nasib la kat sini abah ada sponsor sket. yahoo.. jimat. Yelah, aku bawak Sejuta Rupiah je datang Padang nie. Sob..Sob..



Tempat masak2 kerepek kat tepi kedai je.


Yang best kat sini bila kita beli banyak dia siap packingkan dalam kotak. so senang la nak bawak naik flight balik nnt. 


Kueh Bangket nie la yang aku suka tu.. Masa tunggu geng2 lain siap membeli belah, aku makan la kueh bangkit ni. Pastu aku pas la sikit kat orang yang duduk blakang kerusi aku dalam bas tu. skali dia rasa, terus dia bangun dan masuk balik kedai tu membeli jugakkkk... huhu.. 


Lepas memborong segala kerepek kat kedai tu tadi, kitorang pergi ke Air Terjun Lembah Arau pulak. Sebelum pergi ke air terjun tu, lepak-lepak amik gambar scenery dulu.. Ada yang panggil tempat ni Lembah Ekor. Sebab kat sini ada bukit batu yang kalo kita menjerit, berekor-ekor lah gemanya. Tapi aku tak try jerit pun sebab dorang tak berheni kat Bukit batu tu. Kalo berhenti, memang aku jerit dahhh.. hahahahaha


Pemandangan di Lembah Arau.


Lepas dah puas bergambar kat sini, kami bergerak pula ke Air terjun lembah Arau... Tak excited sangat time ni. sebab kat sini banyak giler air terjun, Lebih-lebih lagi masa ni musim hujan. Memang banyak la.. Ada tinggi ada rendah. Sama je macam air terjun yang pernah aku tengok.


Dalam perjalanan ke Air Terjun tu, ternampak la rombongan orang kawin. Semua pakai sedondon. Adat minangkabau lah kot.


Banjir. Pergi musim hujan memang nampak banjir je la.. huhu. Nasib la banyak jugak tempat dapat cover masa kat sini.


 AIR TERJUN LEMBAH ARAU


Nampak je Air Terjun ni tetiba rasa KETERUJAAN yang melampau. Subhanallah.. Indah sungguh ciptaan tuhan. memang cantik sangat.. Walaupun terkena tempias Air Terjun ni, tapi sesi bergambar harus diteruskan. 


Siap bergambar dengan basikal lagi. Masa ni, aku nampak budak-budak sekolah lalu lalang kat depan air terjun ni sambil naik basikal. Aku nampak scene tu terlalu menarik. Maka dengan kuasa sebagai seorang pelancong, aku tahan la sorang budak ni. 

"nak pinjam basikal boleh?"
"kak mau kemana?"
"saya nak pinjam amik gambar je"
"okey.."
"beg ni ambillah" 
"takpe kak, biar aja'

maka terhasillah gambar ni. masa nak ambik gambar ni, aku kat situ dah hampir basah terkena tempias air terjun tu. habis spect mata. dah la spect mata takde wiper. uhuk uhuk. Lepas dah pulangkan basikal kat budak tu, aku hulurlah RM1. Bukan main suke dorang dapat duit. 


Lepas dah agak kebasahan akibat ditempias air terjun, maka kami pun lepak la kejap dalam kedai kat depan air terjun ni untuk menumpang teduh. 


makanan kat sini seuma basah kena tempias air terjun ni. Sebab tu la kebanyakan mkanan jual kat sini bertutup/plastik.

LENGKOK 9



Lepas menikmati keindahan alam di Air Terjum Lembah Arau, kami ke Lengkok 9 pulak. 


Pada mulanya kami pergi yang kat kawasan bawah ni. Nampak tak termpat yang aku bulatkan tu? kat situ lah kami nak pergi lepas ni. Dari sini nampak pondok2 gerai je. Untuk sampai ke tingkat atas tu, ada 2 jalan. Satu jalan yang berlengkok-lengkok dan satu jalan yang baru buat . Tak berlengkok dah la. Pak Adi bawak kami naik guna jalan berlengkok dan turun duna jalan baru. 

Pengalaman naik ke atas tu guna laluan lengkok ni sangatlah menggerunkan. jurang kat tepi tu ngeri sangat tgk. Ha! inilah salah satu reason kenapa bas perlancongan kecik2. Dah jalan pun kecik gitu. nak belok pun ngam2 bas kecik tu je. Jalan tu berlengkok2 sebanyak 9kali baru sampai kat atas tu. Masa ni kami tak pergi ke LENGKOK44. dengan cerita lagi extreme dari naik roller coaster.



Lepas dah lalu lengkok9 tu barulah kami sampai kat atas ni...


Kat atas ni ada orang jual2 makanan. Tapi kami tak makan pun. Singgah sini pun sebab nak amik gambar group.



 Time ni dah mula nak hujan dah. Amik gambar group pun rushing2. Dah la amik gambar dekat sangatttttttt dengan curam ni haaaaa... 


Time ni memang ketar lutut diri kat tepi ni. Tinggi tuuu... tersilap langkah boleh kebawah nuuuu...

Lepas dah bergambar group dah selfie2, msing2 perut dah berkeronconggg... Minta makanan. So, kami terus pergi makan ke Restaurant SITUJUAH. 

...NEXT UPDATE....

Monday, March 7

Treadmill. nak kurus. taknak gemuk


Harap -harap tahun ni dapat la menatang ni sekor. 

FUH! FUH!..


Saturday, March 5

7 Tahun Bersama NUFFNANG


Assalamualaikum.

Macam tak percaya dah hampir 7 Tahun bersama NUFFNANG. Rindu pulak CPUV campaigns.

Ops ! TerBOLD pulak.ihiks


Friday, March 4

4 MAC - My Birthday is today

Assalamualaikum..

4 Mac datang lagi . Maknanya makin tua lah aku. Semoga dengan meningkatnya umur pada tahun ini akan menjadikan aku insan yang lebih baik dari sebelum ini.


Tadi Amir ajak makan kat luar. Nak celebrate birthday aku katanya. pada mulanya nak makan seafood dekat TOPSPOT KUCHING. Tapi aku macam tak berapa sihat. Sejak 2-3 hari ni asyik batuk dan selsema. Mungkin faktor peningkatan umur barangkali. Tak larat pulak rasanya nak makan makanan berat-berat. Last-last aku ajak Amir makan kat Secret Resepi je. Nak makan kek. bukankah Kek itu simbolik Birthday. Harussss lah makan kek. hihi.. 




I WISH tahun ni Allah kurniakan zuriat buat aku dan suami. Aminnn

















Doakan yang baik-baik untuk aku.

 Terima Kasih juga kepada semua yang wish kat FB, Whatsapp, Private Message dan Face to face. Terima Kasih

SEGMEN BLOGLIST BY AINA


Assalamualaikum



Hari ini tak tau nak update pasal apa, so kita join bloglist by Aina ni. 

Thursday, March 3

RESEPI : Ayam Goreng Halia (Simple)





Bahan-Bahannya (untuk makan 2orang)

ayam 3-5 ketul saiz sederhana
setengah labu bawang besar dihiris
2-3 ulas bawang merah kecil dihiris
1 inchi halia dihiris
5-10 ulas bawang putih (ikut citarasa) dihiris
kicap masin/manis
sos tiram

Cara penyediaan

basuh ayam dan potong kecil (jangan kecil sngat plak)

lumurkan ayam dengan garam dan kunyit, goreng sehingga masak. kalo suka ayam garing, goreng lama sikit

angkat ayam tadi dan tumiskan bahan yang dihiris hingga naik bau

masukkan 2-3 sudu sos tiram dan kicap

masukkan ayam digoreng tadi dalam bahan tumisan. 

angkat dan hidangkan. 



Walaupon engkau comelll, tp engkau tetap anjing!!



Anjing terkecil didunia.. 4 inci je kottt... skali pandang macam sugar glidder... comel giler... tp apekan daya, walaupon ko comel, tapi dengan memegang engkau, aku masih kena samak.
Choiii!! Tp engkau memang comel.kalo ada depan Mata pon rasa mahu pegang. Tp, aku tak suke samak2 ni... so, baik la aku pegang sugar glitter... walaupon aku gerun sebab suke lompat2, janji tak kena samak! Huks





Esok: misi mencari hotel!

Assalamualaikum...

(entry zaman biler tak tau lah . . date dah terganggu gara-gara nak edit post)

Ehem!
Esok I have date!! Dating ngan my sis . Consider date la kan... dia ada Kat KL esok . So, harussss apply cuti. Nak berjimba. Haritu dia datang KL aku kerja. Memang tak dapat la nak jalan kannnn....
So, hope tomorrow and the day after tomorrow berjalan lancar. Tak sabar nak habiskan duit beli barang hantaran..

Adik aku walaupun muda 3 tahun dari aku, tapi dia punye lagak macam 3 tahun lebih tua dari aku tahu . Tak mustahil la kalo dia akan kawin dalam usia muda. Aku nie, buat kerja rumah tak pandai mana. Memang layak la kawin ketika usia lanjut begini. Sobbbbb~
Wateverrrr!!!!!

Yang penting esok mahu cari hotel untuk bermalam. Wow! Teruja. Lama dah tak tido bawah air-cond. Sadis bukan?

DAY 1 : Padang Bukit Tinggi Indonesia (Kuih Neraka dan Butik Muni)






Dekat Pandai Sikek ni aku cumalah cuci mata. Mulanya nak beli beg Telekung Sulam Handmade tu. tapi sebab pikirkan baru sampai, tak nak la beli lagi sebab manalah tahu lepas nie jumpa yang murah lagi.. Rupanya sepanjang aku di Padang ni, harga kat kedai ni lah harga paling rendah. Sapa yang nak ke Padang lepas ni, make sure korang borong bag telekung bebanyak kat sini. 



Selepas ke Kampung Pandai Sikek , kami singgah la di BIKA TALAGO KOTO BARU. Pak Adi nak bagi kami rasa Kuih Neraka. katanya kuih neraka ni rasa syurga. Sepanjang perjalanan ke Bika Talago ni, dah terbayang dah macamana la rupa kuih neraka tu. Yeke sedap? Nama pun dah menggerunkan.



Sekali sampai kedai ni nampak api , bara , kayu api. pergh. memang nampak macam NERAKA DUNIA lah. kawasan masak ni gelap dan panas. kalau dari luar memang nampak api je. Duduk lama-lama kat kedai ni boleh menimbulkan keinsafan lah.








kedai Kuih Neraka ni takda jual air. so kena pergi kedai runcit tepi kedai kuih ni. Nampak macam kedai runcit tapi boleh order air macam kedai makan. masa first nak order air kat kedai tu takut je tersalah kedai. tak nampak lansung macam tempat nak order air. 


Kopi + Kuih Neraka = 4 bintang stgah!

 kuih ni ada dua jenis. satu rasa pisang satu rasa kelapa. aku suka yang kelapa. Tapi geng2 yang satu trip ngan kami suka pisang lagi. tapi pisang atau kelapa memang dua2 win lah. siap bungkus 10 bijik buat makan dalam bas.





beli  CHITATO ni buat kudap-kudapan dalam bus. Masa ni ktorang dah nak gerak ke Bukit Tinggi dah. Hotel kami kat Bukit Tinggi. Suhu pun dah berbeza dah. Sejuk.. Suhu macam kat Cameron la lebih kurang..



Masa on the way nak ke Hotel, singgah dulu di kedai MUNI MUNI. aku lupa nama penuh kedai ni. aku panggil kedai MUNI MUNI je. sebab sebelum ktorang sampai kat kedai ni, Pak Adi ada cakap, kalo nak mintak kurang harga, sebut MUNI MUNI MUNI banyak kali. nanti dia akan bag discount la. Muni tu nama tokeh kedai ni. tokeh tu memang ada kat kaunter je.

Aku ada beli baju sulam kat kedai ni. Acun pun ada jugak beli barang kat kedai ni. kami combine skali dan mintak la kurang masa nak bayar tu. skali dia kata tak dapat kurang dah. aku pun try la guna ayat magika MUNI MUNI tu... 

"Boss boleh la kurang sikit lagi.. MUNI MUNI MUNI MUNI MUNI.. "

"okey lah. kurang lagi Rp10000"

ha kauuuu... itu tak sampai sepuluh MUNI lagi aku guna. dah dapat kurang Rp10k. hahaha.. Bila ingatkan balik lawak pulak. tapi itulah salah satu tarikan yang menarik kat kedai tu.


Lepas dah menyoping kat MUNI tu, kami direct terus ke HOTEL GRAND MALINDO. cuaca kat sini sejuk. Best. Baru la dapat rehat sikit. Time ni memang penat sangat. sebab dari pagi tak rehat kan. 







Bilik memang selesa. standard 3 Bintang punya hotel. so merehatkan diri la dulu sementara menunggu masa nak makan malam...

 Perbezaan masa dengan Malaysia sejam. Kalo kat Indonesia Pukul 8malam, kat Malaysia 9Malam. Sejam je beza. so tak rasa sangat perbezaan waktu dengan Malaysia.



yang ni masa nak tunggu bas bawak pergi makan malam.


Kami makan malam di AYAM PENYET WONG SEMARANG.



Order Ayam Penyet. Masa order tu dah pikir kesedapan AYAM PENYET kat Sarawak. skali sampai alamakkk.. Kecil pulak ayamnya. Komfius Ayam ke burung. Uhuks. Makan juga lah kan. perut lapar. masa ni tak sabar nak balik hotel dah nak tido. 

Selesai makan , Pak Adi bawak Pulak ke Kedai Kain Sulam Cahaya Bordir. Rambang lah mata samapi terlupa badan dalam kepenatan. 


Aku dapatlah rembat kain pasang sulam sepasang untuk buat pakai masa adik ipar kawin awal bulan depan. Kat kedai ni jugak ada jual Telekung Ala Siti Khadijah tu. Beli jugak lah sepasang telekung. 

Kalau nak beli kain sulam tu, perhatikan betul2 corak kain tu ye. sebab ada sepasang kain tu corak bunga sulam dia macam kepala binatang plak. Ntah la. Korang rasa?
.
.
.
.
.
.


?????