Sunday, July 24

Jalan -jalan Kellie's Castle . . Castle tutup la pulakkk


Assalamualaikum . . 

Selama aku duduk kat negeri Perak , aku tak pernah menyinggah kat Istana Kellie ni . . Hanya lalu-lalu je depan istana nie . . Malas nak singgah sebab aku tengok macam takde apa yang menarik . . Lepas tu macam tak ramai yang pergi . . Aku macam takde point nak singgah . .


Masa balik Perak baru-baru ni , Amir ajak aku jalan-jalan Kallie's Castle . . dia tak pernah pergi katanya..(macamlah aku pernah pergi) . . So memandangkan haritu kami baru lepas makan Laksa telur goreng bersarang kat Taman Botani tu , tambahan pulak dah memang dekat bebenau dah , kami pun singgah lah . . Okey jugak lah singah sebab aku memang tak pernah singgah pun sebelum nie . . tak hairanlah kalau aku yang beriya-iya bergambar kat sini . . hahahaha



Sebuah istana . . Besar . . Cantik . . Sejarah penubuhan aku tak berapa tahu . . Jangan tanya aku. . Sejarah-sejarah nie, bukan makanan aku masa belajar dulu . . Failed semedang . . Eh ! bukan subjek lain pun tak berapa nak score ke? Lalalalalala~





 Nah sedikit maklumat kalau-kalau korang nak jenjalan Perak suatu hari nanti . . 

bayaran untuk :

WARGANEGARA MALAYSIA

dewasa : RM5
warga emas : RM4
kanak-kanak : RM3

BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA

dewasa : RM10
kanak-kanak : RM8

p/s: budak kecik bawah 3 tahun tak boleh masuk



Waktu beroperasi adalah dari pukul 9pagi - 6petang . . Last masuk dalam Istana tu pukul 5.30 petang . . . Masa mula-mula sampai ,  aku tengok macam takde orang yang masuk Istana tu . . so, kami pulun la bergambar kat depan tu . . pastu baru hegeh-hegeh nak gi kaunter . . masa tu jam dah pukul 5.35 petang . . Lewat 5minit je . .. Orang kat kaunter tuh dah tak bagi masuk dahh . . sob..sob.. 

Takde rezeki nak masuk istana tu . . Lain kali kena singgah lagi la jawabnyer  .. .  


Ini pintu pagar entrace nak masuk dalam istana tu . .  Lepas dari entrance ni , akan lalu titi melintasi sungai dulu. Baru lah sampai ke Laman Istana Kellie's Castle tu . . 



berlatar belakangkan titi dan sungai yang kena lintas sebelum ke Istana Kellie tu...



Sign board depan pintu masuk istana . . cantik sangat white n black . . 


bergambar sikit depan pintu masuk akibat kekecewaan tak dapat masuk Istana tu . . 



Ambil gambar kat luar jelah . . Cantik jugak lanscape depan nie . . Tak lah rugi sangat tak dapat masuk istana






Bagi can lah berdating depan Istana . . Lagipun kami telah membina Istana cinta yang lebih indah dari Istana Kellis ni.  . Eceh!








Acah-acah tourist guide . . Tak rugi bawak halimi . . Dia lah banyak tolong ambilkan gambar . . walaupun masuk kete je tidoo.. hahaa



Kitorang jalan-jalan guna mata je lah kat peta ni . . apakan daya . .



kat tepi maps board tu ada board untuk conteng2 . . aku taktau la samada memang untuk diconteng atau sejenis penyakit vandalisme . . 


sebelah kanan maps board pulak ada gambar Willian Kellie Smith tanpa muka . .So korang boleh nak letak muka korang kat lubang tu . . 


 Contoh nya macam nie . .  Manalah tahu suatu hari nanti aku pun mampu membina Istana Kediaman sehebat Istana Kellie ni . .  Tapi kalau mampu pun, taknak lah sebesar Istana Kellie ni . . Biar kecik sikit asalkan Istana cinta suami isteri sentiasa membesar . .  . . 

=)

No comments: