Assalamualaikum . .
Selepas ke Lubang jepang kita ke Jam Gadang pulak . . . berhampiran dengan jam Gadang ni ada Pasar Atas . . Pasar Atas ni banyak jual baju2 .. Tempat shopping . .
Macam mana la akak tu boleh tatang cenggitu . . Tak terkehel ke . .
Kat sini la Pasar Atas tu . .Nak naik tangga Pasar Atas tu ada patung Harimau jaga situ . . Nama pasar Atas ni sebab Pasar tu ada dekat Atas . . Atas tu banyak jual telekung . . Telekung-telekung sulam sangat banyak . . Tapi harga nya bagi aku agak mahal jugak lah . .
Tapi bawah Pasar Atas tu pun ada jual-jual jugak . . Aku beli kat bawah tu je . . Beli baju untuk suami dan bapa mertua . . Harga murah . . Kain pun kualiti bagus. Selesa.. . Baju budak yang sepasang tu dalam RM8 je . . Kat sini ada yang taknak duit Malaysia. Tapi ada jugak setengah kedai tu nak duit Malaysia . . Tapi kebanyakan nya nak duit Indonesia sebab masa kami pergi sini, matawang malaysia memang tengah jatuh . .
Merasa air ni . . Rasanya macam rasa teh o je . Sedap jugak . Time ni rasa rugi beli sebotol je . . Dah la tengah haus... huhuh
Lepas dah membeli kat Pasar Atas tu, Dah takde nak buat ape dah . . Tunggu geng-geng group lain yang masih menyopping je . . So kebetulan ada kete kuda time tu, kami naik la bertiga . Harga mahal jugak la kalo ikutkan.. Kuda ni akan bawak kita pusing2 pekan . . Tapi tak selesa lansung duduk belakang tu, rasa nyesal naik . . Pastu rasa "aduh, bila la nak habis" . .
Lepas dah habis pusing ronda-ronda naik kuda tu, kitorang dihiburkan dengan pengamen . . Macam Tegar la kiranya . . Masa ni takde orang layan dorang main . . Sebab yolah, sah2 dia nyanyi dia mintak duit kan . . Tapi masa ni abah teringat kat arwah kawan dia masa sama-sama datang kat Padang ni . Arwah tu pernah upah pengamen nyanyikan lagu AYAM DEN LOPEH . . so abah pun suruh la dorang nyanyikan lagu yang sama sebagai mengenang kembali kawannya tu
Lama tau tunggu orang lain siap shopping . . Perut dah lapar ni . .
Lepas dah siap kumpul semua, kami gerak ke Restoran Sederhana . . Nama je Sederhana, tapi taklah sederhana sangat . .
macam biasa, makan kat sini tak lain aku mesti cari sambe ijo pastu air mesti nak oder Jus Sirsak (Jus Durian Belanda).. Masya-Allah, sedap sangat lebih-lebih bila rasa serat-serat durian belanda tu . . Yummehhh~
Kalo nak oder jus sirsak ni make sure yang fresh la tau . . sebab ada setengah kedai tu dia guna pati durian belanda je.. Yang tu tak sedap sangat . ,
Lepas dah kenyang, kita teruskan perjalanan ke Padang, kita singgah dulu solat jamak di Masjid Safinatullah . .
unik tau toilet nye . . Open air punye toilet . . kiranya kalo orang nak mengintai tu memang tak perlu panjat2 la.. Jeling-jeling pun dah dapat Full HD . hahaha . . Nasib la masa ni aku tak rasa nak membuang sebab dah buang siap2 masa kat restauran tadi . . Kalo tak, tak aman la nak membuang kat sini. . hahaha
Perempuan punya bahagian kat tingkat atas . .
Lepas dah solat, singgah lagi kat kuih neraka . Ada yang nak bungkus untuk makan dalam bas . . kami pun beli jugak dalam 10pcs . .
Gunung berapi tu masa kami datang hari pertama tu, tak nampak sebab hujan . . Kali ni pergi nampak jelas . . Gunung berapi dan masih aktif!
Pastu singgah kat Masjid Raya Sumatera Barat . . Masa ni dah sampai kawan Padang yang tak berapa nak tinggi dah . . So, memang masa nie dah tak pakai sweater dah . .
singgah di persisiran Lautan Hindi pulak . .
Pakcik ni bila kita ambil gambar, dia pun sibuk nak amik gambar kita jugak.. Pastu dia boleh print dah suruh bayar . . Dah kenapa kan .. Tapi abah suruh beli je.. Walaupun gambarnya tak berapa cantik..=(
yang tepi tu tengah tunggu pakcik tu print gambar . . Kusyuk memasing . .
Ambil angin Lautan Hindi dulu . .
Kat sini memang ramai pelancong datang . . Daya tarikan jugak lah kiranya . Dah puas bergambar kat Lautan Hindi ni, Kita pergi makan ikan bakar pulak . .
Kita makan kat pondok ikan bakar cabang khatib sulaiman ni . . Masa ni memang dah nak masuk maghrib dah . . Boleh tengok-tengok matahari terbenam masa makan ni . .
kantoi sangat nampak tudung tak gosok . hhuhuh . . Lepas makan kita terus ke hotel . . Masa nie memang penat sangat dah . . Nak baring je rasanya . .
malamnya kami bermalam di Bunda Hotel=)
3 comments:
Wah bestnya ronda-ronda.. ;)
Bilik airnya.. Hihihi Memang unik.
yeay another travelog spotted! haaa. kita follow awak =D
Post a Comment